Header Ads

Header ADS

Restoran Halal terkenal jual mi kari babi


Shah Alam:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran terkenal di sini, yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari, semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tindakan itu susulan tular satu rakaman video di media sosial apabila restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.

Beliau berkata, susulan daripada video tular berkenaan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak Subang Jaya itu pada 11 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

"Ketika ditanya anggota, pengurus restoran menafikan daging terbabit adalah daging babi dan mendakwa itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku.

"Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu," katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zikril Azan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita Sijil Halal Jakim dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.

"Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

"Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

Menurutnya, pemeriksaan sama turut dijalankan pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, KPDNHEP Cawangan Kajang dan KPDNHEP Cawangan Gombak membabitkan 15 anggota terhadap cawangan restoran berkenaan.

"Orang ramai dialu-alukan supaya menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu halal melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

"Orang ramai boleh menyalurkan melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif selaras dengan cogan kata kementerian "Pantas, Cekap dan Efektif," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. kedai makan DAP PIG dan sekutunya...tarik lesen serta denda maksimum dan disumbat penjara semua yang terlibat....selangor di bawah kerajaan p akatan hancing p unah harapan....sebelum ni pun bayak kes kedai mamak yg mengabui mata dgn frame alquran.

    BalasPadam
  2. SALAH BANGSA MELAYU ISLAM SENDIRI KALAU PUNYAI FAHAMAN LIBERAL...ISLAM TETAP SATU...JIKA HIDUP DISANTUNI DENGAN AGAMA...TIADA ALASAN UNTUK MENTEDARAH KE KEDAI ORANG KAFIR...BANYAK LAGI KEDAI ORANG ISLAM DI SELANGOR DAN SELURUH MALAYSIA...APA KE JADAH POIE MAKAN KEK KODAI ORANG KAFIR ???..BUY A MUSLIM PRODUCT FIRST !!!

    BalasPadam
  3. Puak kafir harbi tahu umat Islam tidak boleh makan babi tetapi sebilangan dari mereka sengaja menggunakan babi sebagai sebagai bahan dalam makanan dan minuman kilang mereka dan restoran mereka untuk memprovokasi, mengkhianati, menzalimi dan menghina umat Islam yang jahil dan naif.

    Oleh sebab itu marilah kita semua umat Islam menyokong dan membeli produk umat Islam dan menggunakan perkhidmatan umat Islam untuk memperkasakan dan memartabatkan perniagaan dan ekonomi umat Islam.

    Ingatlah ahli perniagaan Islam akan menggunakan wang anda untuk kebajikan Islam dan umat Islam dan membayar zakat perniagaan dan wang zakat ini akan disalurkan kembali kepada umat Islam yang layak.

    Jika anda menyokong perniagaan kafir, mungkin wang anda akan disalurkan kepada:

    (1) badan dakwah kafir menyebarkan dakyah mereka untuk memurtadkan umat Islam dll dan membina rumah ibadat kafir, berhala dll

    (2) musuh Islam seperti rejim pengganas Israel dan parti kafir harbi biaDAP dan khadam liberal mereka yang memusuhi Islam dan umat Islam.

    (3) pertubuhan kebajikan kafir yang akan menggunakan wang anda untuk membantu umat Islam yang miskin supaya mereka boleh mempengaruhi umat Islam untuk murtad.

    (4) NGO liberal atau NGO rasis yang memusuhi umat Islam dan agama Islam.

    (5) industri dosa besar seperti arak dll.

    BalasPadam
  4. Cina DAP kafir apabila kaya mereka mendabik dada kononnya mereka kaya kerana mereka gigih dan kerja keras. Padahal mereka inilah penipu besar. Mereka berjaya kerana orang kita yang mengkayakan mereka.
    Kemudian mereka berlagak sombong dgn memanggil orang Melayu "Makan tido" sahaja dan mereka kata "Wr are the biggest tax payer".

    Keangkuhan mereka perlu kita ajar betul-betul. Biar padan muka mereka. Baru mereka tahu ini bumi Malaysia Melayu yang punya. P

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.