Header Ads

ads header

Flash News

Samsung Patenkan Rekaan Telefon Dengan Rekaan Skrin Lutsinar


Samsung
sedia hadir dengan rekaan telefon menggunakan skrin boleh-lipat pada hari ini. Menariknya, bergerak kehadapan, Samsung dijangka terus hadir dengan inovasi baru dalam arena peranti, dan kini telah mempatenkan rekaan telefon menggunakan skrin lutsinar.

Melalui perkongsian laman LetsGoDigital, Samsung dilihat telah mempatenkan teknologi baru ini, dimana ia menggunakan rekaan skrin lutsinar, dan hadir dengan bingkai peranti seperti kebiasaan. Samsung dijangka menggunakan rekaan panel OLED dengan paparan sangat jelas bagi memastikan paparan dapat diperlihatkan apabila diaktifkan dan dilihat pengguna.

Buat masa ini, ia sekadar paten sahaja. Tetapi teknologi seumpamanya telah sedia diperlihatkan. Sebelum ini, pada 2015 yang lepas, Samsung telah memperlihatkan televisyen dengan skrin OLED lutsinar. Selain itu, ZUK juga telah memperlihatkan telefon dengan skrin lutsinar sebelum ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Elok kalau mantan menteri PH yg sorang tu patenkan inovasi kempen "minum sesudu sawit" tu...

    BalasPadam