Header Ads

ads header

Flash News

Syarikat pengeluar telur didenda RM25,000 kerana mencatut jualan Gred A


MELAKA -
Syarikat pengeluar telur terbesar negeri ini LTK (Melaka) Sdn Bhd didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan mencatut jualan telur ayam gred A, Mac tahun lalu.

Tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Sebelum ini syarikat terbabit membuat pengakuan tidak bersalah dan diarahkan untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah sepanjang perbicaraan berlangsung sejak 16 April 2019.

Berdasarkan pertuduhan, LTK (Melaka) Sdn Bhd didapati telah melakukan kesalahan mencatut dalam perjalanan perniagaan menjual telur ayam gred A di sebuah kilang di Durian Tunggal, Alor Gajah pada 7 Mac 2019.

Bagi kesalahan itu, syarikat tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

Jika sabit kesalahan, pertubuhan atau perbadanan terbabit boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda sehingga RM1 juta.

Tertuduh diwakili Peguam Nasdan Rengganathan Abdullah merayu hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukan anak guamnya dan lebih kepada faktor teknikal.

Tertuduh turut memberi alasan penurunan harga telur di pasaran juga sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan syarikat.

Ketika memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang memberi pengajaran kepada syarikat berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi dan Pegawai Pendakwa, Sallim Wahid berkata, hukuman itu juga sebagai maklumat kepada peniaga lain agar lebih berhati-hati dalam memastikan harga yang dipamerkan dan tidak mengaut keuntungan berlebihan.

Mahkamah menetapkan hukuman denda sebanyak RM25,000 atau penjara lima bulan jika gagal bayar.

Syarikat itu kemudian membayar denda.

Sinar Harian pada Mac tahun lalu menyiarkan laporan KPDNHEP Melaka menyita sebanyak 30,000 biji telur ayam gred A bernilai kira-kira RM10,000 di sebuah kilang pengeluar telur di Durian Tunggal membabitkan kesalahan pencatutan.

Dalam serbuan berkenaan, pihak KPDNHEP mendapati kilang yang telah beroperasi lebih lima tahun itu disyaki menaikkan harga bagi mendapat keuntungan tinggi sejak Disember 2018.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan