Header Ads

Header ADS

Ugutan menteri kewangan tiada asas sama sekali tulis Mahathir


Tidak ada asas sama sekali untuk menteri kewangan dan mana-mana pemimpin kerajaan untuk mengugut ahli-ahli Parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 di atas alasan jika belanjawan itu ditolak, penjawat awam dan frontliners tidak akan menerima gaji, pencen dan elaun.

Ini tidak benar sama sekali. Semasa saya perdana menteri pada tahun 1999, Belanjawan 2000 yang telah dibentangkan dalam bulan Oktober tidak diteruskan perbahasannya kerana Parlimen telah dibubar pada bulan November tahun tersebut untuk PRU10 diadakan.

Setelah pilihan raya selesai, kerajaan dengan mandat baru telah mendapat kelulusan Dewan Rakyat untuk peruntukan awal bagi perbelanjaan kerajaan untuk dua atau tiga bulan sementara menunggu Persidangan Khas Belanjawan diadakan dalam bulan Februari 2000.

Peruntukan awal ini memastikan perbelanjaan pentadbiran tidak terganggu dan gaji, pencen serta elaun penjawat awam tidak terjejas.

Peruntukan ini juga termasuk pembayaran untuk peruntukan-peruntukan tambahan yang lain sama ada untuk kementerian-kementerian ataupun untuk memudahkan kehidupan rakyat.

Dalam konteks ini, menteri kewangan dan lain-lain pemimpin kerajaan amatlah tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang jelas bertujuan untuk menekan ahli-ahli Parlimen untuk meluluskan Belanjawan 2021, walaupun ia adalah belanjawan yang banyak kekurangan dan keburukannya.

Kenyataan itu secara langsung bertujuan mengekang ahli-ahli Parlimen dari melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan Belanjawan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan politik parti yang memerintah.

Berdasarkan kenyataan menteri kewangan dan pemimpin kerajaan yang lain, jika belanjawan itu ditolak, rakyat dan penjawat awam akan menderita akibat dari sikap ahli-ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021.

Jika itulah pendirian menteri kewangan dan pemimpin kerajaan, ia bermakna ahli-ahli Parlimen perlu memberi blank cheque dan menyokong untuk kelulusan belanjawan tersebut walaupun terdapat kecacatan yang nyata di dalamnya.

Saya berharap menteri kewangan dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang di dalam keresahan kehilangan kuasa berhenti dari mengeluar kenyataan yang tidak berasas, yang menakut-nakutkan rakyat semata-mata untuk kelangsungan politik mereka.

DR MAHATHIR MOHAMAD
bekas perdana menteri yang letak jawatan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Atok yg mula2 amal Amalan Ugutan termasuk ISA,Atok sudah dikejor bayang ketakutan, Atok sudah kehilangan rakan Seberkas,Atok berbaik dgn Musuh,,,dgn Anwar gagal dgn KuLi bgtg kpd Kepentingan Peribadi ,,,,Atok sudah2lah carilah Kebahagiaan yg HAKIKI sblm Nyawa di Halkum,,,kerana akhirnya,,,Atok akan bgantung Kod Doa Ank Yg Soleh, Ilmu Yg Bermanafaat n Sedah Jariah

    BalasPadam
  2. Damai besertamu, dan rahmat dan berkah Allah.



    Sudah tiga tahun sekarang saya bersaksi tentang AISHA MICHAEL LOAN COMPANY bagaimana dia membantu saya dan keluarga saya

    nama saya Ratri Ahmed dari Indonesia, Jakarta Barat. tolong saya menyarankan semua orang di sini untuk sangat berhati-hati, karena ada begitu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 pemberi pinjaman yang berbeda, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam prosesnya karena saya ditangkap oleh orang-orang karena hutang.


    Saya hampir menyerah sampai saya meminta saran dari seorang teman yang memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman asli dan perusahaan yang sangat andal yaitu AISHA MICHAEL LOAN COMPANY yang mendapatkan pinjaman saya dari 800 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam Tidak ada tekanan dan tekanan pada bunga rendah tarif 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya minta telah ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan sehingga saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik agar orang dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Nyonya Aisha Michael


    Saya ingin Anda mempercayai Bunda Aisha michael dengan sepenuh hati karena dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan finansial saya. Anda harus menganggap diri Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, hubungi perusahaan pinjaman Aisha michael melalui email: (aishamichaelloancompany@gmail.com) atau melalui WhatsApp +17248030412


    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya: (ratriahmed43@gmail.com)

    Jika Anda memerlukan informasi tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Aisha michael, Anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya akan dengan senang hati menjawab Anda karena Anda juga dapat membantu orang lain setelah Anda menerima pinjaman Anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodo punya along.. takda tempat lain ka nak iklan..?

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.