10 Tahun Hilang Akhirnya Dijumpai Di Bawah Atap Zink
Ibu beliau yang kini lumpuh sekian lama merindui anaknya, adik yang sekian lama tidak berjumpa merindui abangnya. Alhamdulillah akhirnya dipertemukan Allah malam ni.
Dijumpai di pinggir hutan Bukit Ampang minggu lepas oleh salah seorang anggota Amal setelah melihat pelik ada seorang lelaki yang tinggal di tempat yang hanya beratapkan zink. Setelah diviralkan melalui media sosial pihak kami menerima panggilan keluarga beliau dan akhirnya ditemukan malam ini dengan adik beliau yang datang dari Terengganu.
Kami dipahamkan pihak keluarga telah lama membuat laporan polis namun gagal menjejaki beliau, dan pernah ada laporan ditemui di Kuantan 3 tahun selepas kehilangan beliau namun kemudian hilang kembali.
Tahniah Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang malam tadi yang telah membantu menemukan keluarga OKU ini. Perkara yang saya terharu adalah sikap tanggugjawab kita sebagai rakyat yang prihatin, sikap ini perlu menjadi contoh buat semua masyarakat terutama anak muda kita.
Moga Allah berkati pertemuan ini.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tahniah dan syabas kepada anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang kerana sudi menolong manusia yang hilang.
BalasPadamitulah jenis manusia yg berhati mulia...jika niatnya baik...,maka baiklah kesudahannya...
BalasPadam