40 ditahan bergaduh di hadapan Plaza Low Yat
Kuala Lumpur: Seramai 40 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang, di sini, petang tadi.
Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan pelanggan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
"Setakat ini siasatan awal sedang dilakukan dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi BH hari ini.
Sementara itu sumber memberitahu kejadian pergaduhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pergaduhan antara kaum.
Sebaliknya, ia adalah membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati akibat pelanggan mereka diambil oleh peniaga lain.
Bagaimanapun butiran perniagaan berkaitan pergaduhan itu tidak dinyatakan.
Terdahulu tular dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Plaza Low Yat, di sini, petang tadi.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan