Header Ads

Header ADS

Flash News

Anwar akan bentang sokongan 113 Ahli Parlimen dalam masa terdekat?


KUALA LUMPUR:
Khabar angin bertiup kencang mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber itu lagi, Anwar sedang dalam perancangan untuk memohon perkenan menghadap Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,” menurut sumber itu lagi.

Dalam satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau kemudian diperkenan mengadap Agong pada 13 Oktober, dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Dalam pada itu seorang pegawai menteri memberitahu Astro AWANI bahawa usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.

“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember, 2020).

“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu 3rd reading Budget (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


24 ulasan:

  1. ketua MUNAFIK NEGARA...meneruskan agenda MUNAFIKnya...TENGOK Dan Dengar sini saya anwar ibrahim INGIN bagitau tuan-tuan SAYA 130 NOMBOR EKOR KEPALA utk dipersembahkan..SAYA ulang saya ulang ...TRAGEDI OKTOBER menghantui TERUS MENGENCING YDPA dan rakyat hingga akhir Hayat.

    BalasPadam
  2. Bilamasa melaksanakan tanggungjawab kpd rakyat kerana asyik dgn kerja bodoh sahaja

    BalasPadam
  3. Insya Allah tidak Akan diizinkan Allah swt.

    BalasPadam
  4. PN takkan aman dan berkat kerana mendirikan kerajaan ikut jalan khianat.. sebilangan melayu Islam tak kisah cara ni utk berkuasa asalkan melayu Islam yg memerintah.. ibarat curi duit orang kaya lepas tu sedekahkan dekat orang miskin.. mungkin puak2 melayu Islam ni nampak macam bagus cara tu tapi dalam Islam ajarannya takde pun diajar dan takde pulak dianjurkan berbuat begitu.. sbb tu Allah tak reda dan Allah takkan beri keberkatan.. Islam itu akan berdiri teguh sekiranya asasnya bermula dgn cara yg baik dan terpuji... bagus sekali kalau PN rebah dan berdiri semula nanti dgn cara yg bermaruah mengikut landasan Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini pun satu hal, tak habis2 dengan pintu belakang, jalan khianat, pintu atap, selagi ada lobang itulah puncanya, tapi sayang masih lagi tak faham2, kerajaan ketika itu sudah roboh olih tangan sendiri dan sudah lagi ada kerajaan untuk mengawal negara, kerajaan pn pada ketika itu adalah kerajaan yang paling sah dari segi undang2 bahkan dari segi akta parlimen, jika tidak sudah tentu sekian ramai ahli parlimen akan membuat membantahan, tak perlulah nak jadi jurucakap dengan membuat bagaian andaian kerana melayu islamlah, ajaran islamlah, allah tak redalah, tuduhan yang sungguh memalukan seolah2 yang bukan islam tu baik belaka, sudah cukuplah tak perlu lagi andaian sebegitu.

      Padam
    2. terbaik 12.13 pg,,kerajaan pee hancing yg tertubuh hasil FITNAH tu la yg tiada keberkatan. Sebab itu hancur dlm masa 22 bulan sahaja. Nak mengata org ikut pintu belakang konon,,si anwar tu la yg sahih main belakang,,sabit di mahkamah lagi, la ni diampunkan sahaja ikut pintu belakang pulak tu.

      Padam
    3. Ph jatuh sbb tun m letak jawatan ke bingai...x abis2 khianat ko..ph tu suci sgt ke..lg jahanam la..

      Padam
    4. Memang wajib tumbangkan kerajaan ph kerana tindak tanduk yang boleh mengancam kedaulatan negara, kedudukan pribumi dan Islam dan ianya tidak menyalahi mana mana klausa undang undang, samada kaedah melalui tebuk atap atau dinding,keluar dari pakatan,ikut pintu belakang dan lain lain.Lagipun yang jadi MP pn sekarang juga semuanya dipilih oleh rakyat.Kerajaan tanpa mandat yang didakwa oleh ph hanyalah pembohongan ph yang sudah di ketahui umum satu kluster kaki kencing atau sembang kari

      Padam
    5. Yang tebuk atap kamu sendiri tapi kau salahkan orang lain. PH bingai.

      Padam
    6. Ph mmg bingai...memerintah ke laut..jd pembangkang lg ke laut

      Padam
  5. anwar ni satu hal dan Astro AWANI ni satu hal juga nasihatlah kat dia, anwar ni tumpulah sebagai ketua pembangkang untuk membaiki negara, tapi tak habis2 dengan cukup majorti dan surat akuan sd, masalah betul bila nak tumpu kat tugas dia sebagai ketua pembangkang melainkan lobi sana lobi sini pasal sd

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong suaraku..awanama tu bodoh sokong pee h maknenya sokong Dapigs yg ketuai pee h..nak sangat berpemimpin kafir elok hijrah ke singapura.bodoh bangang awanama nih..mandat rakyat konon..tipu rakyat adalah..tun pun dah sedar pasal itu letak jawatan..berbulu mata guan hen tabur duit kat sekolah2 cina mcm duit mak bapak dia..

      Padam
  6. Kali Lewat Gi TAUBAT

    BalasPadam
  7. Cube tengok betul2...Anwar ni mcm dan mmg x layak la...jd ketua pembangkang pun gagal..ape lg nk jd PM...sape2 dari UMNO yg menyokong mesti da tersepit nk jawatan...

    BalasPadam
  8. BUAT penyokong2 tegar P unah H arapan Pakatan Hancing..kami bukan takut pada Anwar..tapi perangai BERTERUSAN MUNAFIKnya...ALLAH dah ingatkan bahaya MUNAFIK dan KAFIRUNN musuh yang nyata.. TAKUT ALLAH DAN AZABNYA

    BalasPadam
  9. Dlm keadaan negara duserang wabak penyakit...,anuar tetap nencari kepentingan peribadinya, lansung tdk menutamakan rakyat jelata...
    Bersabar la sedikit hingga Pru yg akan datang yg Tak berapa Hari lagi...

    Apapun takdir Tuhan...anuar tetap tdk jadi PM...halangan sentiasa didepannya...jika Pru diadakan anuar Pkr Tak mungkin menang...

    BalasPadam
  10. Angkat anuar Ibrahim jadi PM spt merelakan pemimpin kaum India, kaum cina yg nenguasai negara ini...umàt melayu Islam tak mungkin benarkan anuar jd PM....semoga Tuhan menjauhkan mereka nenguasai negara ini...

    BalasPadam
  11. Pegi jahanam anwar belakang dengan ph hancing belakang.

    Sia2 PAS menolong keadilan
    Suatu masa dahulu.
    P mampus PH DGN DAP

    BalasPadam
  12. Retorik2 Non ni hanya laku pada budak2 yang baru nak up sahaja! Bagi yang dah dewasa, berumur, RETORIK2 Non ni DAH TAK LAKU LAGI!

    BalasPadam
  13. ANUWA DH LETAK JAWATAN SBG KETUA PEMBANGKANG KE BLM SLP 7 HARI DULU?

    BalasPadam
  14. POLITIK DSAI SUDAH SAMPAI PENGHUJUNG HAYATNYA...SEGALA TINDAK TANDUKNYA SELAMA INI MENUJU KESURAMAN YANG DIA PILIH SENDIRI...CHEKMATE YANG KE 6..

    BalasPadam
  15. Adakah pemimpin liberal mata satu yang gila kuasa sedang memderita sakit mental yang kronik ????

    BalasPadam