Header Ads

ads header

Flash News

'Apakah ketua pembangkang akan letak jawatan?' — Annuar soal Anwar


KUALA LUMPUR, 30 Nov —
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen.

Kenyataan Annuar itu dibuat selepas pembangkang gagal dalam undi belah bahagian bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Pembangkang tewas lagi. Ditewaskan mereka sendiri. Apakah kini ketua pembangkang akan meletakkan jawatan?” soal Annuar di media sosial.

Hari ini, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan peruntukan lebih RM4.47 bilion menerusi undi belah bahagian.

Sejumlah 105 undi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 20 ahli parlimen dilaporkan tidak hadir.

Sebelum ini, beberapa ahli parlimen mendakwa Anwar berjanji untuk melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen jika gagal mendapat sokongan.

Bagaimana pun, perkara tersebut dinafikan pejabat ketua pembangkang itu selain mendakwa ia merupakan tuduhan palsu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. anuar ibrahim sampai bila2 alkan terus gagal....anuar akan terus jadi pemidato jalanan...,yg hanya didokong gulungan desperados.... keseluruhan rakyat malaysia, khusus umat melayu Islam menolaknya...

    BalasPadam
  2. kerja MUMAFIK serta FITNAH ALLAH akan GAGALKAN DAN MUSNAHKAN JUA. Begitulah hikayat anwar DAN SEKUTUNYA yang HAKIKATnya PENUH KEMUNAFIKAN.

    BalasPadam
  3. Pakatan Haramung yg berkiblatkan LIBERAL dgn mengatakan Undang2 Islam telah KETINGGALAN n KUNO kini telah menuju jln MAUT

    BalasPadam
  4. Kenapa nk suruh anwar letak jawatan. Dia bukan menteri. Lantak la pembangkang nak lantik sapa pun jd ketua. Yg si mudin ni patut letak jawatan. 3 kali undi, majoriti 107 je. Separuh jumlah mp pun x smpi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KENAPA MENYALAK...anu war memang isytiharkan DIRI untuk nak letak jawatan KP.kami dah masak dgn MUNAFIKNYA.. kes mata lebam..kena racun asenik HARGA MINYAK TURUN saya ulang..tengok sini saya anu war ..NOMBOR2 EKOR dan kepala kemaruk GILA jadi PM..SANGGUP MATI BERDIRI...nak bentuk Bajet bayangan dan kabinet bayangan pun tidak mampu(pbangkang)biasa akan buat setiap tahun.

      Padam
  5. Malas nk komen tk de menfaat

    BalasPadam