Header Ads

ads header

Flash News

Budak Biadap UMNO bercakap soal adat


Tindakan tegas kerajaan Kedah merobohkan rumah ibadat yang dibina di atas tanah negeri adalah wajar, kata Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Dia yang juga dikenali sebagai Papagomo bagaimanapun menyelar perumpamaan todi daripada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang digunakan terhadap pemimpin MIC dan DAP.

Azri berkata kenyataan Sanusi itu "biadab dan tidak beretika sama sekali."

Dalam kenyataan itu, menteri besar Kedah menegur, termasuk kepada MIC dan DAP supaya jangan sampai mereka bergaduh pada masa depan hanya kerana 'mabuk todi populariti' dan mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang.

Sanusi juga menyindir," senior politician (ahli politik kanan) seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol."

Pemimpin MIC mengatakan komen Sanusi itu 'menjengkelkan' dan menteri besar itu tidak sensitif.

Menurut Azri pula, Sanusi (gambar, bawah) patut malu dengan kenyataan yang dibuat kerana ini bukan sahaja mengambarkan "sikap angkuh kerajaan negeri malah mengambarkan seorang pemimpin Melayu Islam yang begitu celupar mulut membuat hinaan kepada kaum India."

"Saya harap menteri besar Kedah dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India di atas percakapaannya yang jelas melemparkan penghinaan kepada masyarakat India Malaysia," katanya pada satu kenyataan.

Azri juga berharap rakyat Malaysia berbilang bangsa dapat bertoleransi antara satu sama lain dalam apa isu sekalipun.

"Tidak ada masaalah yang tidak dapat diselesaikan dan kita yang pelbagai kaum hidup di Malaysia ini telah sama sama membangunkan negara ini hingga menjadi contoh kepada dunia dalam kemajmukan kaum yang ada," katanya lagi.

Pun begitu Azri menyokong perobohon kuil berkenaan.

Pada Selasa, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah.

Kuil yang dipercayai berusia lebih 50 tahun itu dirobohkan selepas tapak tersebut - yang dimiliki kerajaan negeri - mahu dibangunkan.

Selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal.

"Saya menyokong tindakan meroboh kuil yang dibina atas tanah kerajaan kerana sepertimana yang kita tahu isu kuil ini bukan lah satu isu yang baru yang mana telah berlaku saban tahun dan boleh dikatakan melibatkan hampir semua negeri.

"Memang sewajarnya tindakan tegas diambil kepada semua rumah ibadat haram agar dimasa depan tidak menimbulkan konflik yang akhirnya menjerumus kepada perbalahan perkauman dan agama sepertimana yang berlaku di negeri Selangor tahun 2018 di kuil Sri Maha Mariamman," kata Azri lagi.

Bantahan di luar kuil Sri Maha Mariamman mengakibatkan kematian seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mahkamah koroner memutuskan bahawa kematiannya berpunca daripada tindakan jenayah.

MR : Bila pula UMNO jadi juara kuil. Agaknya papagomo ni tahu tak bilangan kuil lebih ramai daripada penganut hindu?



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. budak biadap yg tak tahu apa2 tp nk masuk jgk politik..bangsa asing yg terlebih biadap tak pula ditegur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Rasulullah handle ni macama mana ya ?

      Padam
  2. Apa yg Sri Azri kata tuu betoi dah 🀦🏻 hadoiii
    Jgn MR buat footnote yg kelirukan pembaca MR. Fakta tetap Fakta.
    MB Kedah kata ttg kuil dan pasai mabuk todi...pun betoi dah, yg MIC triggered pasaipa...
    Majoriti lelaki India minum arak, mabuk pekena Todi sebetoi mcm minum berpuluh Kati. Kesilapan MB Sanusi bercakap tak berhati2 , kena fikir betul2 sblm cakap jaga hati org lain (mungkin terasa tahap meraban)

    BalasPadam
  3. Kenyataan MB KEDAH bermaksud jika dah beritahu mengenai undang2 majlis@pbt MIC masih lagi nak putarbelit tegang benang basah UMPAMA ORANG YANG MABUK ARAK / TODI / KHAMMAR/ TUAK/ KETUM .

    BalasPadam
  4. NAK guna istilah ARAK atau alkohol TUAK atau KHAMMAR atau AYAK yang memabukkan…semua tu temasuk todi memang HARAM dan meMABUKKAN…termasuk berdosa besar peminum,penghidang.pembawa pemandu penulis bil resit.penghias meja dsbagainya berkaitan ARAK

    BalasPadam
  5. Tulah...kaum lain yg terlebih biadap...tk pula ditegur...melayu yg melayukan

    BalasPadam
  6. Kau jangan main2 kedah ada 43 trillion woi. Boleh upah 100 juta samseng belasah siapa lawan geng lebai. Takoootttt

    BalasPadam
  7. Komunitas Game Online yang terpercaya & Pelayanan yang memuaskan..
    Ayo kunjungin kami ya IONQQ".COM
    Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
  8. Kedah negeri pertama terima Islam. Apa yg MB ckp benda betul, bila betul tetap betul, andai kit siang yg ckp betul maka kita sokong, kita tak lihat siapa yg ckp, yg kita lihat betul ke tak, yg Maha betul hanyalah Allah swt

    BalasPadam