Header Ads

Header ADS

DUN Perak perlu MB, 4 Exco untuk sambung persidangan



IPOH:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan bersambung Rabu ini tidak dapat diteruskan sekiranya tiada menteri besar dan sekurang-kurangnya empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dilantik, kata Speaker DUN Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Mohamad Zahir berkata, jika tiada menteri besar dilantik sebelum tarikh berkenaan, usul penangguhan persidangan DUN perlu dibuat pada hari tersebut.

“Katakan kerajaan tidak terbentuk bila sambung persidangan pada 2.30 petang Rabu ini, saya akan minta seorang ahli DUN (ADUN) bangun untuk mengemukakan usul supaya persidangan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya.

Berdasarkan jadual asal, persidangan DUN berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lepas dengan pembentangan Belanjawan 2021 negeri sebelum bersambung semula pada Selasa hingga Jumaat depan.

Speaker DUN Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Bagaimanapun, susulan kemelut politik yang tercetus pada Jumaat lepas, Mohamad Zahir menangguhkan persidangan hingga Rabu ini.

Jumaat lepas, persidangan sepatutnya bermula dengan sesi soal jawab lisan sebelum diikuti pembentangan belanjawan negeri oleh Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Namun, speaker membenarkan pembentangan usul ‘keyakinan ADUN terhadap menteri besar’ yang dibawa oleh Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) yang menyaksikan Ahmad Faizal kehilangan sokongan majoriti.

Semalam, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dilaporkan berkata, beliau mempersembahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar dan juga barisan Exco kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin hari ini dilaporkan memperkenankan peletakan jawatan Ahmad Faizal dan barisan Exco negeri itu.

Mohamad Zahir menjelaskan menteri besar baru perlu memberi notis kepada DUN untuk menyambung persidangan dalam tempoh 14 hari selepas pelantikannya dan persidangan pula hanya boleh bermula selepas dua minggu notis diterima oleh DUN.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. mari coba keberuntungan Anda bersama kami
    deposit minimal 20rb bisa menangkan jutaan jika beruntung
    tunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ"COM
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.