Header Ads

ads header

Flash News

Etnik Uighur Islam dipaksa makan daging babi setiap Jumaat


BEIJING:
Seorang doktor etnik Uighur mendedahkan pihak berkuasa China memaksa tahanan 'pusat latihan' Xinjiang yang beragama Islam memakan daging babi setiap hari Jumaat.

Sayragul Sauytbay, dalam temu bual dengan Al Jazeera, berkata kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat kerana mereka tahu ia adalah hari yang suci untuk umat Islam dan pemakanan bahkan menyentuh babi dilarang sama sekali dalam Islam.

"Jika anda enggan patuh arahan supaya makan daging babi, maka anda akan menerima hukuman yang keras sebagai tindakan disiplin.

"Strategi ini sengaja dipilih bagi memalukan dan menghina tahanan apabila setiap kali mereka dipaksa makan daging babi.

"Sukar bagi membayangkan perasaan saya setiap kali terpaksa makan babi, terasa seperti orang lain dan rasa kaku, sukar untuk saya menerimanya," katanya.

Selepas membocorkan rahsia kekejaman di kem tahanan terbabit, beliau melarikan diri ke Kazakhstan tetapi dinafikan suaka politik dan China memfailkan permohonan ekstradisi bagi membawanya pulang.

Sauytbay, seorang pakar klinikal dan guru, bagaimanapun berjaya berhijrah ke Sweden, selepas menerima suaka politik bersama keluarganya.

Beliau mendedahkan kisah di dalam 'kem latihan' itu dalam sebuah buku, termasuk menceritakan mengenai kes tahanan dipukul, dicabul secara seksual dan dipaksa tinggal dalam persekitaran kotor.

Malah, penindasan terhadap penduduk etnik Islam Uighur di Xinjiang tidak hanya terhad kepada budaya dan agama, sebaiknya turut menyasarkan struktur sosial masyarakat menerusi 'kem latihan' yang ditubuhkan sejak 2017.

Seorang pakar antropologi dari Jerman, Adrian Zenz, yang banyak membuat kajian mengenai etnik Uighur, memberitahu Al Jazeera bahawa China kini turut memperluaskan dasar sekularisme.

Sebagai contoh, katanya, China mengembangkan industri penternakan babi dengan matlamat menjadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi terbesar sedangkan hampir 90 peratus penduduk setempat beragama Islam.

"Terdapat ladang ternakan babi di Kashgar, selatan Xinjiang dan kerajaan China menyasarkan untuk menternak kira-kira 40,000 ekor babi setiap tahun dalam kawasan seluas 25,000 meter persegi.

"Malah, projek ini, yang dilancarkan atas alasan mahu memastikan bekalan daging babi di Kashgar mencukupi, sengaja diumumkan pada 23 April tahun ini iaitu ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa.

"Ini amat nyata bahawa kerajaan China berniat menyerang budaya, amalan agama dan cara hidup masyarakat setempat, sekali gus mendorong mereka memilih ideologi sosialis," katanya. - AGENSI


MR : Ini peringatan kepada UMNO supaya jangan percaya kepada DAP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Siapakah yang sibuk berusaha mengimport rakyat China Komunis ke negara ini di waktu negara China Komunis sedang sibuk menindas, menyiksa, merogol dan membunuh umat Islam Uighur jika bukan puak kafir harbi D4P dan khadam liberal mereka ???

    Jika parti nasionalis mahu berkerjasama dengan puak D4P yang memuja keganasan pengganas komunis pada tahap dewa, mungkin pada suatu masa nanti puak nasionalis juga akan dilayan seperti kaum Uighur apabila puak D4P menjadi sangat kuat !!!

    Ingatlah apa yang PAP telah lakukan kepada kaum Melayu Singapura.

    BalasPadam
  2. 365SBOBET Situs Agen SBOBET , Agen Bola Terpercaya di Indonesia

    "365SBOBET adalah Agen Sbobet Terpercaya Indonesia, Situs Agen Bola Resmi Online Casino Terbaik Official Partner kami adalah Barcelona dan Liverpool."

    http://104.161.33.124

    "Buruan Daftarkan DIri anda di 365SBOBET & menangkan Ratusan Juta Rupiah Setiap Harinya!!!"
    Bonus Pendaftaran Member Baru 20% Maksimal s/d 1 Juta Rupiah
    Bonus Next deposit 5%
    Bonus Rollingan 0.5%
    Bonus Cashback 5%
    Dengan Minimal deposit untuk mendapatkan Bonus Hanya 50 ribu

    Deposit hanya Rp. 25.000

    "Whatsapp : 0823.6134.6235"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon MR delete iklan judi ini.

      Padam