Header Ads

ads header

Flash News

Kita usaha ubati luka, kata Saarani


Menteri besar baru Perak Saarani Mohamad berkata akan berusaha “mengubati luka” antara parti-parti Perikatan Nasional (PN) di Perak.

“Apabila ketiga-tiga pimpinan tertinggi tandatangan persetujuan kerjasama, siap sedia satukan hati pemimpin ketiga-tiga parti ini, kita usaha untuk ubatkan luka jika ada,” katanya.

Adun Kota Tampan daripada Umno itu berkata ketika ditanya bagaimana dia hendak mengekalkan hubungan Umno, Bersatu dan PAS susulan kemelut kepimpinan negeri yang bermula minggu lepas.

Dia berkata demikian dalam sidang media di Dewan Jubli Kuala Kangsar selepas majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah.

Umno bersama Adun Pakatan Harapan (PH) minggu lepas terlibat menjatuhkan menteri besar Ahmad Faizal Azumu (bawah) daripada Bersatu melalui undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selepas hampir seminggu rundingan, Perikatan Nasional (PN) akhirnya berjaya mengekalkan penguasaan di Perak selepas kesepakatan antara tiga pemimpin paling kanan dalam gabungan itu - Bersatu, Umno dan PH.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Saarani menyeru semua pihak “kembali merapatkan saf” demi kesejahteraan Perak dan rakyat.

"Demi menjamin kestabilan negeri, saya menyeru semua pihak untuk sama-sama mara ke hadapan dengan meletakkan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan," katanya.

Adun Kota Tampan itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-14 di depan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pagi tadi.

Belanjawan 2021 kekal

Sementara itu, Saarani berkata dia tidak akan mengubah kandungan Belanjawan 2021 negeri Perak yang dirancang ketika pentadbiran Faizal.

"Saya tidak fikir kita ada masa untuk teliti atau ubah apa-apa isi kandungan dalam buku belanjawan yang telah pun dibincang bersama exco lama, termasuk saya,” katanya dalam sidang media.

Pada 4 Disember lalu, belanjawan 2021 untuk negeri Perak ditangguhkan bagi memberi laluan kepada undi percaya terhadap menteri besar.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Muak dgn umno.aku sokong pas dan besatu saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi,pas tak muak dgn umno,,ppbm pun tak muak dgn umno. Sbbtu boleh sepakat bentu kerajaan..sebenarnya, pas muak dengan org mcm hang tu

      Padam
  2. luka boleh diubat...tetapi PARUTnya tetap ada...oerumpamaan ni seperti jangan jolok sarang tebuan dan jangan buat rumah di tepi pantai jika takut dipukul badai...SENDIRI MAHU INGAT

    BalasPadam
  3. Permusuhan antara pas dan umno dahulu,,paling teruk,pulau memulau, maki hamun hang aku, sehingga kepada kematian...bukan sekadar parut,,bahkan ibarat kecacatan anggota lagi. Namun, atas dasar kembali kepada ajaran islam yg sebenar,,dan atas dasar maslahah ummah dan bangsa Melayu,,pas dan umno buang ego,,berlapang dada,,buang yg keruh, ambil yg jernih. ianya hasil berkat doa org2 islam malaysia yg menyedari bahaya yg dihadapi org2 Melayu, terutama anak cucu dimasa hadapan jika ph yg dikepalai dap terus memerintah negara. sengketa puluhan tahun dapat ditamatkan,,,alhamdulillah. jadi, apalah sangat "parut" yg terhasil drpd isu MB?. tak jd hal pun,,jika ppbm betul2 ikhlas,,,ppbm 5 kerusi,,umno 25 kerusi....awai2 lagi selepas jatuh kerajaan pee hancing ,,peja tak terus pegang jawatan MB. Pilih dari umjo,jika ikhlas la. jadi patut tak timbul usul undi percaya....apapun ,,tahniah kpd semua umno,pas dan ppbm,,sudah bersatu. Ketiga2 parti adalah asal dari umno yg satu.

    BalasPadam