Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir's Gambit


1) Permuafakatan UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) sebenarnya terlalu rapuh dan sangat lemah. Faktor utama lemahnya MN adalah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Jika kerajaan PH masih berkuasa sehingg hari ini, kesatuan MN akan bertambah kukuh dari hari ke hari.

2) MN tidak kuat hanya dengan memerterai Piagam MN. Pelbagai aktiviti, program, kerjasama etc perlu digerakkan bersama-sama secara berfasa dari semasa ke semasa. Ukhuwwah dan keakraban tidak akan datang bergolek hanya dengan sentimen anti-DAP. Ia memerlukan kebersamaan dari segi aktiviti fizikal, mental dan rohani.

3) Permuafakatan MN akan lebih mengukuh dalam kebersamaan memainkan sentimen mengkritik cara PH mendepani Covid19, ekonomi yang merundum dan sebagainya. Solidariti sesama PAS-UMNO akan lebih rapat tatkala DS Najib dijatuhi hukuman bersalah. Isu Adib, isu RUU355 etc akan terus bergema - merancakkan lagi keakraban MN.

4) Setahun pasca Piagam, MN akan lebih kuat sedikit. Bahkan jika peralihan kuasa dalam PH berlaku dengan smooth dan PH bertahan sampai PRU15, ketika itu MN sudah boleh dikatakan sehati-sejiwa, atau setidak-tidaknya tidak mudah untuk diapi-apikan.

5) Malangnya, MN disabotaj sebelum menjadi kuat. Mastermind yang sangat licik dan legendary ini bertujuan mensabotaj MN. Liciknya sang mastermind adalah dengan memperlihatkan dirinya sebagai menumbangkan PH, walhal hakikatnya adalah plan rapi mensabotaj MN.

6) Musuh utama sang mastermind adalah DS Najib. Dengan siri kemenangan PRK atas kesepakatan UMNO-PAS, sang mastermind nampak ia adalah plot-plot kebangkitan semula DS Najib yang mesti disekat.

7) Sambutan terhadap Himpunan Maruah Melayu yang agak hambar, tidak segagah himpuan MN, menambah lagi iri dan rasa tercabar. Kekalahan yang memalukan dalam PRK Tanjung Piai adalah luka yang mesti menjadi luka terakhir menentang MN. If you can't beat them, join them instead.

8 ) Langkah Sheraton dilakukan. Biarlah walau terpaksa menggadaikan PH, MN mesti disekat daripada terus mengukuh. Sebelum MN menjadi utuh, ia mesti dirosakkan. UMNO dan PAS tidak boleh dibiarkan bersatu. UMNO dan PAS mesti dibiarkan terus bergaduh dulu, kini dan selamanya.

9) Setelah kerajaan PH tumbang, sang mastermind cuba mengurangkan impak dimaki oleh team PH dengan menjadikan TS Muhyidin sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan. You Muhyiddin, teruskan misi untuk menembusi MN. I'll handle PH by myself.

10) Hari ini, misi ini hampir berjaya. MN dilihat kucar-kacir saling berbalas makian. BERSATU berjaya menunggang sifat PAS yang "ingin menyatukan UMNO-BERSATU". BERSATU juga berjaya membuatkan UMNO meluat kepada PAS, pada masa yang sama memperlihatkan kepada PAS bahawa "BERSATU mahukan perdamaian tetapi UMNO enggan".

11) Sang Mastermind pasti tersenyum. Berjaya kill two-birds in one single move. Langkah Sheraton berjaya menyekat DS Anwar dan berjaya merencatkan kesepakatan MN. Bola masih bergolek ditengah padang, masing-masing meluru ke arah bola untuk menggelecek. Papan catur memperlihatkan pawn-pawn yang tumbang, king yang check, dan open check. Sang mastermind menanti giliran lawan membuat pergerakan seterusnya.

Selamat berkhayal...

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

MR : Pasal MN mesti dimusnahkan itu kami setuju, ada usaha dalam UMNO tak mahu MN kerana ini menjejaskan kekuatan UMNO kata mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan