Header Ads

ads header

Flash News

Malaysia tidak perlukan gagasan atau perikatan baharu - Mohamad Hasan


KUALA LUMPUR:
Malaysia memerlukan kecerdikan yang boleh menonjolkan idea baharu untuk memajukan negara bukan gagasan atau perikatan politik baharu, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya, memberi gambaran bahawa Mohamad menolak idea gagasan besar yang dicadangkan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mohamad berpendapat, selepas 10 bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan kerajaan baharu, politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan.

“Politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan. Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politk bangsa Melayu terutamanya.

“Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas,” katanya.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, orang Melayu tidak memerlukan gagasan baharu, sebaliknya, apa yang dikehendaki ialah pencerahan tentang jalan bagaimana golongan berkenaan akan menjadi lebih baik dan maju.

“Mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baharu untuk menjayakan Malaysia yang maju,” katanya.

Baru-baru ini, Hamzah mencadangkan satu gagasan besar ditubuhkan bersama antara gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan harapan kestabilan politik yang kukuh.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Tiada salahnya DS Hamzah nak tubuh satu gagasan baru yang lebih besar jika IANYA lebih baik daripada yang ada sekarang....asalkan ia tidak meminggirkan MAJORITI BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM dan TETAP PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU serta tidak menjadikan AMALAN RASUAH sebagai MATA PENCARIAN SAMPINGAN MP2 KERAJAAN...CUKUP2LAH apa yang terjadi pada MP BARISAN NASIONAL selama ini yang buat MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MELUAT DAN MUAK MELIHAT KEMEWAHAN T E R L E B I H A N pada MP BARISAN NASIONAL SELAMA INI..HARAP DS MOHAMMAD HASSAN ambik iktibar dari KESILAPAN B N dulu dan U M N O khususnya..

    BalasPadam
  2. Setuju, carilah titik persamaan bukan cari cari perbezaan

    BalasPadam
  3. terbaik tok mat. sudah cukup pakatan politik yg ada hari ini. bahkan tak sepatutnya begini punya banyak,,umno,pas,ppbm, mn,pn, grs ...ini semua membawa kpd perpecahan kerana masing2 mahu idea kumpulan diterima oleh pihak yg lain. kpd zainuddin hamzah,,jika idea hanya sekadar nak tubuh gagasan atau perikatan baru,,baik hang berhenti berpolitik,,ini politik nak cari pengaruh untuk diri,,bukan untuk negara dan rakyat.

    BalasPadam
  4. ada Seorang yang BESAR MUNAFIKnya PADA 23 Sept saya ada nombor ekor yang menyakinkan. buat sidang media.pergi Istana BAWA KERTAS KOSONG...Ting tung kami bertekad menolak belanjawan 2021..JIKA GAGAL saya ulang letak jawatan KPembangkang.Beberapa HARI lepas mendabik dada 10 mp umno dibawah ketiaknya..AKHIRNYA P unah H arapan kerana temberang dan Mengencingnya. GILAAAAA

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaik awanama 3.22 ptg...si munafik bekas banduan pesalah liwat,,manusia yg bertanggungjawab memporakperandakan negara,,,elok ydpagong tarik balik pengampunan...menyusahkan odg lain.

      Padam