Header Ads

ads header

Flash News

Najib tak dibenarkan mencelah kes semakan pembunuhan Altantuya


Bekas perdana menteri Najib Razak tidak dibenarkan mencelah dalam permohonan bekas komando polis Azilah Hadri untuk semakan semula sabitan dan hukuman mati berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Panel lima hakim mahkamah persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed sebulat suara menolak permohonan untuk mencelah semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini.

Hakim lain yang bersidang sama adalah hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong Lam Kiat, Zaleha Yusof, dan Zabariah Mohd Yusof.

Mahkamah membenarkan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah untuk hadir dalam pendengaran permohonan semakan Azilah sebagai pemerhati bagi pihak Najib.X

Semasa prosiding, Shafee mengemukakan bahawa bekas perdana menteri itu harus dibenarkan mencelah.

Hujah Shafee, hak perundangan Najib terjejas dengan permohonan semakan Azilah, yang disokong oleh afidavit yang mengandungi tuduhan serius mengenai penglibatan bekas perdana menteri itu dalam pembunuhan Altantuya.

Sebaliknya, peguam Azilah, Kuldeep Kumar dan DPP Dusuki Mokhtar, membantah permohonan untuk mencelah itu.

Antara lain, mereka berkata, bahawa semakan itu hanya berkaitan dengan kes jenayah antara pemohon Azilah dan negara, yang tidak memberi kesan kepada Najib.

Azilah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman pada 5 Dis tahun lepas bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya adalah daripada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Azilah, 43, meminta agar sabitan serta hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 diketepikan dan perintah agar kes itu dibicarakan semula.

Pada Disember tahun lepas, peguam Shafee memaklumkan pihak media bahawa anak guamnya iaitu Najib, menyangkal semua dakwaan Azilah itu.

Azilah dan rakannya, Sirul Azhar Umar, 47, telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi keesokan harinya pada 2006.

Mereka bagaimanapun telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013 selepas membenarkan rayuan kedua-dua anggota UTK itu.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah melakukan jenayah itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan