Header Ads

ads header

Flash News

Tiada yang mustahil, Amanah Perak sedia kerjasama dengan UMNO?


IPOH:
“Tiada yang mustahil” apabila tiba masanya untuk membentuk gabungan baru, kata Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

“Dalam situasi mencabar ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan yang stabil,” katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada Amanah Perak sanggup bekerjasama dengan parti lain di Perak untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

Asmuni antara 3 pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini selepas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam undi percaya terhadapnya di Dewan Undangan Negeri semalam.

Dua lagi pemimpin PH ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Semalam, Faizal hanya mendapat 10 undi menyokong berbanding 48 undi menolak dan seorang lagi Adun berkecuali dalam usul undi percaya terhadapnya yang dibawakan Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).

DUN Perak terdiri daripada 25 Adun Barisan Nasional yang semuanya Umno, DAP (16), PPBM (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3) dan masing-masing satu daripada Gerakan dan bebas.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz dilaporkan mencadangkan Umno bekerjasama dengan Amanah dan PKR untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Perak.

Beliau dilaporkan berkata, tidak mustahil berbuat demikian kerana parti itu bersama menolak usul undi percaya terhadap Faizal.

Kenyataan sama juga dibuat Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari yang berkata, apapun boleh berlaku selagi ia mematuhi Perlembagaan dan tidak bertentangan norma.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat khas Umno Perak malam ini yang dihadiri Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Nazri sendiri, tiada pemimpin PH yang hadir.

MR: Tindakan AMANAH bijak, semasa UMNO tersempit ini ambil kesempatan. Kalau tak AMANAH tak lama berkubur. Bila ada dalam kerajaan negeri bolehlah "seleweng" sikit duit. Aku cakap pasal ada 3 kes SU Sulit AMANAH kena tangkap SPRM. Puak terpinggir dalam UMNO pun boleh serang PAS lagi dengan hujah PAS main 2 kolam UMNO pun main 2 kolam.. Apa macam geng UMNO?





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tak sangkalah rupa2 nya cempedak nak jadi buah nagka....sorang yang makan nangka semua dah kena getah dah....umno2 memang nasib lah kau UMNO...

    BalasPadam