Header Ads

ads header

Flash News

Umno, BN, MN akan bermesyuarat bincang isu kerajaan baru di Perak malam ini


KUALA LUMPUR:
Umno, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) akan mengadakan mesyuarat bermula malam ini bagi membincangkan situasi pembentukan kerajaan negeri Perak.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan diadakan malam ini diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam esok.

“Malam lusa (Rabu) Jawatankuasa Perundingan MN akan (bermesyuarat). Berunding itu lebih baik, Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) juga patut bertemu.

“Selesaikanlah dengan cara baik sebagai rakan seperjuangan. Teguh kita, menang bersama…,” katanya di Twitter hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad mengesahkan kehadiran beliau ke mesyuarat MKT Umno malam ini.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi pembentukan kerajaan negeri Perak.

Saarani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dikatakan antara calon menteri besar Perak daripada Umno bagi menggantikan ADUN Chenderiang Ahmad Faizal Azumu.

Pada persidangan DUN Jumaat lepas, Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden PPBM gagal memperoleh undian majoriti dalam usul undi kepercayaan terhadapnya.

Beliau meletak jawatan menteri besar secara rasmi pada hari berikutnya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pucuk pimpinan parti itu akan membincangkan isu pembentukan kerajaan baru di Perak bagi menentukan sama ada parti itu akan terlibat atau sebaliknya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan