Header Ads

ads header

Flash News

Undi belah bahagian: Apa yang akan berlaku? Nantikan... - Shafie Apdal


KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak memberi sebarang bayangan berhubung keputusan sama ada akan membuat undi belah bahagian atau sebaliknya pada bacaan Belanjawan kali ketiga pada Selasa.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata semua perkara berkaitan Parlimen harus diuruskan menerusi cara yang betul pada sidang Parlimen.

“Kami nantikan. Walau apapun agendanya, ia mesti diuruskan di Parlimen.

“Kami harus menguruskan sebarang isu di Parlimen dengan baik,” kata Ahli Parlimen Semporna itu dalam temu bual bersama program Consider This pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan perubahan kepada peraturan di Parlimen yang didakwanya, semata-mata untuk memenuhi kehendak kerajaan yang memerintah.

“Apabila saya sampai di sini dari Sabah, saya perlu menjalani kuarantin di rumah untuk 14 hari, dan tidak boleh meninggalkan rumah.

“Sementara beberapa menteri kabinet dan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan sepatutnya menjalani kuarantin.

“Namun mereka boleh menghadiri Sidang Parlimen. Ia adalah sesuatu yang tidak betul,” katanya.

Beliau merujuk kepada keputusan yang diambil Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk membenarkan tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) bagi hadir pada sesi pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 Peringkat Jawatankuasa di Sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; dan P. Prabakaran (PH-Batu) diarahkan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Mereka dalam satu kenyataan menegaskan bahawa mereka akan membuat undi belah bahagian pada bacaan Belanjawan 2021 kali ketiga pada Selasa.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan