Header Ads

ads header

Flash News

Annuar sahkan Zahid beri sokongan bertulis pada Anwar


Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.

"Akuan itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media berkenaan diadakan sehari selepas ahli parlimen Ketereh itu diketepikan daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN.

Annuar berkata, tindakan diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.

"Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan Perpaduan Melayu dan Islam di negara ini," katanya.

Menjelaskan pemecatannya semalam, menteri Wilayah Persekutuan itu berkata dia menerima keputusan dibuat Ahmad Zahid selaku pengerusi BN dan ia dimaklumkan kepadanya melalui WhatsApp pada jam 1.51 petang.

Menurut Annuar selaku setiausaha agung BN dia hanya boleh melaksanakan tugas dengan baik jika wujud perasaan saling meyakini dan mempercayai dengan pengerusi gabungan tersebut.

"Walaupun sememangnya wujud suasana sedemikian sebelum ini, namun sejak kebelakangan ini, suasana tersebut telah berubah berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntut saya mempertahankan prinsip dan Pendirian politik saya secara tegas serta berterus terang," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Dah ko tu dalam UMNO kenelah ikut ape majoriti MT UMNO putuskan.. bukan ikut tekak ko je.. ko dah ade kuasa.. ade jawatan lainlah.. yg lain2 tu ikat perut lagi.. dah kalau ko ade prinsip dan pendirian sendiri baiklah ko keluar masuk Bersatu.. tak pun ko buat parti sendiri.. mase tu takde orang kacau kalau ko nak pertahankan prinsip pendirian ko tu.. sekarang ni dah kene pecat nak serang presiden pulak.. pikir tu biarlah bijak.. takkan UMNO ade kerusi paling byk nak jadi pencukup korum PN je.. semua jawatan bagi kat Bersatu.. kat geng kartel.. PAS takpelah sbb memang diorang tak kisah.. yg penting PN memerintah.. tapi UMNO lain.. kat dalam tu bersepah yg jadi politician demi duit nak sara hidup.. nak jadi kaya.. so kene pahamlah cara UMNO berperanan.. kalau Bersatu bertindak adil mesti Zahid tak beriya2 nak tinggalakn PN sampai nak kerjasama dgn DAP.. nak lantik TPM orang UMNO pun taknak.. sekarang biar kasi kalut sikit kat Bersatu tu.. berlagak macam abg besar.. tapi kerusi dan penyokong ciput..

    BalasPadam
  2. Come on TSAM...M'sia ni Tanah Melayu asal namanya & UMNO adalah parti melayu pertama ditubuhkan. So, amatlah TIDAK SALAH langsung UMNO claim M'sia ni UMNO punya...nak kongsi dgn UMNO boleh tapi WAJIB ikut kata UMNO lah...WAJIB

    BalasPadam
  3. A+ mu nuar... pegang prinsip kuat2.. jangan gokgek.. hk benar ckp benar hk tipu royak tipu.. insya Allah selamat mu nuar.

    BalasPadam
  4. So skrg confirm la yg anwar mmg ada nombor. Mna pg lahabau2 yg kecam anwar dlu? Apa citer skrg? Aku cadangkan, korg gi terjun sungai klang. Idup kalo jd org bodoh pn x guna jgk.

    BalasPadam