Hasan Ali disahkan positif Covid-19
PETALING JAYA: Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Mohamed Ali mengesahkan beliau posifit Covid-19.
Hasan dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau kini dirawat di Hospital Pakar Damansara KPJ, di Damansara Utama.
“Permintaan saya kepada seluruh sahabat dan mereka yang mengenali atau tidak mengenali saya untuk mendoakan saya supaya dikurniakan kemudahan dan kesembuhan segera.
“Moga dengan doa semua menjadi penawar utama dalam proses penyembuhan ini. Salam saya kepada semua,” katanya.
Hasan juga merupakan bekas Adun Gombak Setia dan naib presiden PAS.
Beliau dipecat oleh parti itu pada 2012.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Moga cepat sembuh
BalasPadam