Header Ads

ads header

Flash News

Kaji semula tutup restoran 8 malam, gesa Pemuda PAS


PETALING JAYA:
Pemuda PAS menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan berhubung waktu operasi kedai makan atau restoran sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dianggap terlalu singkat.

Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata, waktu operasi ditetapkan ketika ini, iaitu hanya hingga 8 malam, menyukarkan rakyat mendapatkan makanan khususnya bagi golongan yang bekerja hingga lewat petang.

“Kami cadangkan supaya kembali semula kepada PKP yang dahulu, macam biasa hingga 10 malam. Tujuannya untuk memudahkan anak muda yang bekerja serta berulang ke pejabat dalam tempoh ini.

“Asasnya adalah, bila kedai dibuka, bukannya pelanggan boleh makan di kedai. Sama ada minta pemandu e-hailing bantu atau kita sendiri yang beratur membeli makanan. Jika kedai ditutup pada 8 malam, ia juga akan mengurangkan pendapatan pemandu e-hailing,” katanya kepada FMT.

Susulan pengumuman waktu operasi kedai makan dan restoran sepanjang PKP, ramai pengguna media sosial menyatakan ketidakpuasan hati mereka sehingga hashtag #SiBodohKauDengarSini menjadi “trending” sejak semalam.

Ia bermula apabila seorang pengguna Twitter, @farhanazahan merungut sudah dua kali tidak dapat membeli makan malam kerana tidak dapat membuat pesanan makanan. Pengguna itu juga mengadu dia bukan seperti menteri yang memiliki pembantu rumah untuk menyediakan makanan ketika pulang bekerja.

Khairil sendiri menyedari ramai rakyat mengkritik Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob susulan pengumuman itu.

“Saya tahu ramai yang kritik Ismail, dia hanya tukang cakap sahaja kerana ia keputusan sekali dalam MKN. Saya akan sampaikan kepadanya.

“Sebenarnya ia juga beri peluang lebih kepada anak muda yang bekerja. Ia dapat menambah lagi masa pekerjaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, ketika darurat lebih baik sekiranya pihak tentera dapat membantu pasukan polis, khususnya dalam mempermudah serta melicinkan perjalanan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan