"Kalau UMNO dibuli, saya tidak hilang jawatan" - Faizal Azumu
PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat, UMNO perlu memahami apa yang berlaku terhadapnya di Perak apabila ditolak sebagai Menteri Besar negeri itu pada Disember lalu sebelum mendakwa parti berkenaan telah dibuli oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahmad
Faizal menegaskan, sekiranya UMNO benar-benar dibuli, tidak mungkin
beliau yang juga Timbalan Presiden Bersatu boleh hilang jawatan sebagai
Menteri Besar.
Justeru,
katanya, dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang
menyifatkan UMNO telah dibuli oleh Bersatu dalam gabungan Perikatan
Nasional (PN) sukar untuk diterima.
“Saya ada pengalaman di Perak apabila saya mengetuai kerajaan Perikatan Nasional Bersama UMNO dan Pas namun akhirnya ditolak, tentunya Machang (Ahmad Jazlan) perlu memahami apa yang saya lalui.
“Jika saya seorang Timbalan Presiden sebuah parti yang membuli parti UMNO, perkara yang berlaku kepada saya itu tidak akan berlaku,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini pada Rabu.
Pada awal Disember lalu, Ahmad Faizal hilang jawatan sebagai Menteri Besar Perak selepas gagal memperoleh majoriti sokongan usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (IDUN)
Daripada
59 ADUN, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah sementara
satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan Speaker DUN
Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal menegaskan, Bersatu akan tetap berpegang pada prinsip asas penubuhan parti untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.
Mengenai spekulasi UMNO untuk tidak lagi menjalin kerjasama bersama Bersatu, beliau berkata, parti berkenaan tidak akan berbuat demikian sekiranya masih berpegang kepada prinsip yang sama seperti yang menjadi pendirian kedua-dua pihak selama ini.
"UMNO merupakan parti yang tidak lari dengan perjuangan terhadap agama, bangsa dan tanah air, saya yakin tentunya akan terus bersama kami (Bersatu) jika masih berpegang kepada asas penubuhan parti mereka," katanya.
Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang berpendapat, setakat ini rakyat dilihat selesa dengan pentadbiran kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beberapa
hari lalu, Ahmad Jazlan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 6 Januari.
Menurutnya, peletakan jawatan itu bagi menzahirkan prinsip enggan bekerjasama dengan kerajaan PN.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kita benamkan ummo pru 15
BalasPadamKita menangkan pas dan bersatu.
Come on PEJAL...come on...M'sia ni Tanah Melayu asal namanya & UMNO adalah parti melayu pertama ditubuhkan. So, amatlah TIDAK SALAH langsung UMNO claim M'sia ni UMNO punya & boleh buat apa shj UMNO suka...nak kongsi dgn UMNO boleh tapi WAJIB ikut kata UMNO lah...WAJIB...faham!!! push stop
BalasPadamCome on PEJAL...come on...M'sia ni Tanah Melayu asal namanya & UMNO adalah parti melayu pertama ditubuhkan. So, amatlah TIDAK SALAH langsung UMNO claim M'sia ni UMNO punya & boleh buat apa shj UMNO suka...nak kongsi dgn UMNO boleh tapi WAJIB ikut kata UMNO lah...WAJIB...faham!!! push stop
BalasPadamSapa yg melenyapkan tanah2 simpanan melayu, sapa yg berniaga bagi bukan melayu guna nama melayu dan banyak lagi yg kesah2 melayu jadi terhina angkara sapa ?
PadamInilah komen bodoh berlapis-lapis yang tidak logik dan tidak masuk akal manusia normal. Nak mengampu pun agak-agaklah.
BalasPadamTanah Melayu telah wujud berjuta tahun dan kaum Melayu telah berada di Tanah Melayu sejak 65,000 tahun dahulu. Di mana umm-No di waktu tersebut ? Nowhere !
Tanah Melayu dan kaum Melayu boleh wujud tanpa ummm-No. Bolehkah umm-No wujud tanpa Tanah Melayu atau kaum Melayu ?
Oleh sebab itu janganlah sembang lebat buat andaian bodoh konon 'Msia ini ummNo punya' !