Header Ads

ads header

Flash News

Kumpulan mesra PPBM dalam Umno mahu singkir Zahid?


PETALING JAYA:
Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Tertinggi parti itu supaya menyokong PPBM, parti yang pernah dianggap tidak penting dan ditentang oleh ahli akar umbinya.

Menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi FMT, “tokoh besar” terbabit juga merancang untuk mendapatkan sokongan penuh dalam kalangan pemimpin parti supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi “mengundur diri”.

“Kita tidak bercakap mengenai pemimpin PPBM, sebaliknya pemimpin Umno. Adakah mereka cuba memecahbelahkan Umno,” kata sumber dalaman itu yang enggan didedahkan.

“Kedua-dua pihak berunding dengan kami. Pihak yang mahu kami bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM dan pihak yang menentang,” katanya, tanpa mengulas lanjut.

Katanya, beliau bimbang lebih ramai rakannya akan menyokong PPBM sekiranya mereka membiarkan diri dipengaruhi oleh pemimpin itu.

Akar umbi Umno secara tegas menghantar mesej kepada kepimpinan parti bahawa mereka tidak berminat bekerjasama dengan PPBM.

143 bahagian parti itu memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada PPBM dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini.

Umno mempunyai 192 bahagian, dengan 191 daripadanya telah bermesyuarat.

Seorang anggota Barisan Nasional (BN) memberitahu FMT bahawa perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu, bukan akar umbinya.

“Gerakan untuk meminta Zahid mengambil cuti semakin kuat kerana kes mahkamahnya berkaitan rasuah dijangka akan bermula selepas perintah kawalan pergerakan tamat.

“Ada yang bertanya-tanya apakah mereka perlu terus menyokongnya,” tambahnya.

Beliau berkata, sebahagian daripada mereka yang mahu Zahid bercuti adalah pemimpin Umno, termasuk dua yang tidak berjaya dalam pilihan raya umum 2018, tetapi masih memegang jawatan dalam parti.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu sebelum ini menyokong bekas perdana menteri Najib Razak, tetapi beralih arah untuk bergabung dengan pemimpin Umno yang menyokong PPBM.

“Mereka berkata, jika kita menyokong Zahid, parti akan menjadi lemah kerana beliau mungkin didakwa dan apakah yang akan berlaku kepada parti?,” tambahnya.

Seorang lagi ahli Umno berkata, akar umbi masih menyokong Zahid dan Najib.

“Tidak ada salah faham dalam kalangan anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin akar umbi mengenai siapakah yang harus mereka sokong kerana kebanyakan mereka menolak PPBM.

“Di bawah Umno, kita dijaga dengan baik. Adakah kita masih akan dijaga sekiranya menyertai PPBM ?,” katanya.

“Itu adalah kebimbangan kami. Tambahan pula, kebanyakan akar umbi juga setia kepada Umno,” kata ahli Umno itu kepada FMT, merujuk kepada banyak bahagian Umno yang menyokong Najib berbanding Zahid.

Ahli Umno itu berkata, banyak yang mahu disuarakannya, tetapi beliau memilih untuk berdiam diri kerana kerajaan kini mempunyai kuasa meluas di bawah Ordinan Darurat. - FMT

MR : Bukan singkir, rasa sudah sampai masa mana-mana pemimpin UMNO yang terpalit dengan salahlaku harus berundur demi menjaga nama baik UMNO


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Iklim politik negara sudah berubah segenap sudut, tapi malangnya banyak perangai penyokong dan pemimpin keris telanjang masih bodoh sombong tidak mahu berubah walaupun rakyat telah mengubah mereka dalam PRU 14 dan terbaru dalam prk Sabah

    BalasPadam
  2. saya dulu sokong ph kerana tun mahathir dan sekarang tun sudah letak jawatan .buat apa nak sokong ph dan lagi kenapa nak sokong najib dan zahid sebab ini orang tali barut anuar dalam umno dulu dan masa anuar dalam hospital pun ini orang gi jumpa nak buat colabration tapi anuar tak mahu tolong sebab pm ialah tun jadi anuar tak berani dan mengaharapkan pengampunnan agung melalui tun .tapi lepas dapat pengampunan lupa diri dan tak bersyukur dan tak pernah berkata pun semenjak dapat pengampunan dia cakap kalau ada rezeki adalah tapi selalu cakap perjanjian hak pm tu hak dia tapi dia tak pikir itu hak allah.najib dan zahid ni robin hood melaya merompak duit rakyat untuk membantu orang miskin tapi cara itu salah walau niat dia baik sebab merompak dan mencuri itu haram dalam islam walau niat baik.tapi dia ambil duit berbililion untuk diri dia .dalam islam adalah haram sama sekali.najib hidup dalam kemewahan dan zahid ada manusia perompak macam najib juga tak boleh jadi pemimpin.siapa yang sokong maknanya akai dia separuh atau macam telur separuh masak atau tak sempurna.sebab ni orang macam lalang.dulu sokong nuar.lepas sokong nuar sokong najib lepas tu sokong tun dan sekarang ni sokong nanjib dgn nuar.itulah manusia yang akal separuh mencari dahan untuk berpaut.tunggu saja lah apa akan berlaku nanti najib dgn zahid dan anuar.kita tunggu dan lihat .

    BalasPadam