Header Ads

ads header

Flash News

Pas tangguh semua program parti di Perlis


KANGAR:
Pas Perlis mengarahkan penangguhan program-program parti di negeri ini berkuat kuasa esok berikutan peningkatan kes COVID-19.

Pesuruhjaya Pas Perlis Mohd Shukri Ramli berkata arahan berkenaan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.

"Tindakan ini bagi membantu membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

"Justeru itu, ahli Pas di seluruh peringkat di negeri ini diminta mematuhi arahan ini yang berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Perlis mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 sejak beberapa hari kebelakangan ini, dan semalam sebanyak 16 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 114 kes.

-- BERNAMA




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan