Header Ads

Header ADS

UMNO tunggu masa ‘terkubur’ angkara ditunggang pemimpin tersepit


BANGI, 23 Jamadilawal 1442H, Khamis
– Kemelut di dalam UMNO ketika ini memungkinkan parti yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu itu ‘terkubur’ tidak lama lagi.

Bukan hanya sudah terpesong jauh daripada landasan perjuangannya, malah kepimpinan UMNO hanya ‘menunggang’ parti demi melepaskan diri yang semakin tersepit.

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa, kemelut yang sedang berlaku di dalam parti itu hanya berpunca daripada masalah peribadi Presiden serta bekasnya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

“Ia adalah gerakan mereka menggunakan parti untuk menyelamatkan diri daripada beberapa kes pendakwaan rasuah dan salah laku di mahkamah.

“Jadi, kedua-dua pemimpin ini kelihatan terdesak dan sanggup menggadaikan prinsip,” dakwanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, konflik dalaman UMNO semakin meruncing sehingga menyaksikan Tan Sri Annuar Musa digugurkan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Kemelut kian berpanjangan apabila Annuar mengesahkan wujud sokongan secara hitam putih membabitkan pemimpin tertinggi UMNO, kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Terbaharu, media melaporkan 189 bahagian UMNO mahu memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 

Mengulas perkara itu, Abdullah Zaik berkata, UMNO yang dahulunya hampir ‘lemas’ selepas digulingkan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sanggup bekerjasama dengan Bersatu. 

Namun, setelah mula mendapatkan semula sedikit sokongan daripada rakyat, parti itu sudah meninggikan tuntutan, katanya. 

“Tak mustahil, UMNO juga akan tinggalkan PAS kalau mereka sudah rasa kembali kuat. 

“Pada saya, UMNO akan terkubur juga, cuma tunggu masa saja. Solusinya, golongan Islamis perlu bersatu dan mencorakkan hala tuju negara ini,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


16 ulasan:

  1. Bersatu dan PAS pun patut dikubur sama sbb mendirikan kerajaan dgn cara khianat.. tak bermaruah.. memalukan melayu dan Islam.. nak berjuang cara bermaruah tak mampu dan sgt2 lemah.. akhirnya guna cara yg Islam tak ajar.. lepas tu jaja kat rakyat yg perjuangan ni demi Melayu dan Islam.. macam curi duit orang kaya lepas tu sedekah kat orang miskin.. nampak macam baik je tapi Islam tak pernah redha buat cara macam tu.. dan pasti Allah akan bagi pengakhiran yg mengecewakan nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap bgus ka? Kenapa x hentam dap hahahaha..islam hang hentam,otak tersasar hang nie,

      Padam
    2. Cuba bgtau islam ajar mcm mana?

      Padam
    3. Khianat tang mana plak? Dah orang x mau, hok mau la yg amek.. Xkan nk biaq pendatang amek alih plak.. Lu pikiaqla seniri

      Padam
    4. BUKAN KHIANAT PUN..1.26pg..>>> 2 terma sekarang ialah MENANG TANPA BERTANDING dan KERAJAAN BETA YDPA.yg pasti KHIANAT ialah tidak AMANAH MENIPU DAN MUNGKIR JANJI pada MANDAT RAKYAT dalam MANIFESTO PRU 14...CIRI2 munafikun puak P unah H arapan P akatan Hancing.

      Padam
    5. bercakap dalam keadaan mamai2 tak tahu pun apa yang diucapkan

      Padam
  2. Wah anjing kurap ternakan puak kafir harbi roket menyalak histeria menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam.

    Malangnya anjing kurap roket ini diam membisu seperti syaitan bisu @ pasu bunga setiap kali tuan roketnya hina Islam dan kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

    Anjing kurap mengampu tuan roketnya semata-mata kerana dedak cap roket.

    Ini bukan ajaran Islam tetapi ajaran sifu roket tak basuh berak.

    BalasPadam
  3. Bagaimana boleh ahli dan perwakilan puak keris melantik pemimpin korup sebagai ketua mereka ?

    Bukankah tindakan ini adalah seperti melantik perompak menjaga rumah kita ?

    BalasPadam
  4. Korup tak korup tunggu lah keputusan mahkamah. Cerdik sangat lah pulak.

    BalasPadam
  5. Tunggu apa lagi sedangkan mahkamah telah membuat keputusan hukuman bersalah ke atas pemimpin-pemimpin umm-No ? Barua dedak keris butakah ?

    Bukankah mahkamah telah menghukum sebilangan pemimpin umm-No dengan hukuman penjara dan denda kerana kes rasuah berskala besar dll berdasarkan bukti kukuh dan saksi?

    Dan sebilangan lagi sedang dibicarakan. Mengapa pemimpin berkaitan panik dan buat keputusan bodoh berlapis-lapis dengan memusnahkan pakatan Melayu Islam ?

    Tunggu apa lagi ? Nak tunggu umm-No rampas kuasa dan buang kes rasuah pemimpin-pemimpin umm-No ? Cerdik sangat lah pulak setelah baham rasuah berskala besar. Berani buat tetapi takut nak tanggung akibatnya.

    BalasPadam
  6. tunggu aje lah. gelabah pasal apa pulak. aku bukan kisah umno nak pelingkup ke apa. elok aje aku nampak kehulu kehilir.

    BalasPadam
  7. Ya elok aja aku nampak pemimpin-pemimpin keris korup menggelupur ke hulu ke hilir ketakutan kerana penjara bamboo river sedang menunggu kedatangan mereka sehingga mereka sanggup tumbangkan kerajaan untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin korup.

    BalasPadam
  8. Seluruh umàt melayu Islam Malaysia Hari ini perlu bersatu dlm PN yg merupakan wadah baru buat umàt melayu/ Islam Hari ini...
    Umno hanya utk kepentingan presiden Dan bekas presidennya melepaskan diri Dari segala prndakwaan Dan dosa kejahatan rasuah mereka yg tlh mereka lakukan...
    Manakala PH jelas àkan merugikan seluruh kepentingan umàt melayu / Islam negara Hari ini...PH adalah pakatan resist utk kaum India Dan kaum cina...umàt melayu perlu bersatu tdk terpedaya dgn mereka. ,Àpa lagi menyokong mereka.

    BalasPadam
  9. Mamat Bangi sembang boleh laa...

    BalasPadam
  10. Bro, Ajak PAN sekali. Bagi PAN bantu PAS.

    BalasPadam
  11. pada awalnya cantik dan molek, tik tok tik tok tiba2 lain pula halnya, check2 yang pembawa masalah adalah memang yang pembawa masalah sejak dari dulu, sejak diumpannya dengan gula2 manis, memang gula tabiatnya bila dah berlebihan akan membawa masalah, yang pemberi umpan itu memang tabiatnya begitu rupa, apa tidaknya reban ayamnya dah ranap, yang takutnya yang pemakan gula berlebihan, terpaksa kena potong sana sini akibat gula berlebihan, begitulah kalu hidup selalu serba tak cukup, jauhilah hidup sikap sedemikian, hidup cara islam adalah yang terbaik

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.