Dakwaan langgar SOP: DAP tak perlu jatuh hukum sebelum polis - Annuar
Menteri Wilayah Persekutuan, yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, berkata DAP tidak perlu menjatuhkan hukuman memandangkan perkara itu masih dalam siasatan polis.
"Tak perlu DAP nak menghukum sebelum siasatan - kerana ini cara DAP.
"Biar polis teruskan siasatan tanpa takut atau pilih kasih," ciapnya di Twitter.
Annuar berkata demikian ketika membalas ciapan akaun rasmi DAP yang memaparkan gambar meme membandingkan situasi Annuar dengan warga yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP.
Dia sekali lagi didakwa melanggar SOP selepas gambarnya makan bersama enam individu lain disebarkan di media sosial. Ketika itu, dia mengunjungi program pertanian bandar di Kuala Lumpur.
Pada masa ini, hanya dua individu dibenarkan makan di satu meja.
Terdahulu, pengajur program Kelab Pencinta Alam Kolam Takungan Banjir Sungai Midah telah memohon maaf dan menjelaskan Annuar hanya berada di meja tersebut sekejap saja.
Dalam ciapannya, Annuar berharap siasatan polis akan menjelaskan kejadian sebenar.
"Dapatkan fakta...Sayakah menganjurkan jamuan? Di kedai, restoran atau ladang? SOP mana yang dilanggar? Polis wajib buat keputusan.
"Bukan macam kes Lim Guan Eng," katanya lagi merujuk kes rasuah setiausaha agung DAP itu yang sebelum ini digugurkan.
Sebelum ini, Annuar juga dihujani kritikan ekoran gambarnya bersenam di luar bersama dua lelaki lain, di saat peraturan hanya membenarkan tidak lebih dua orang daripada isi rumah sama untuk beriadah bersama.
Ketika itu, dia berkata terserempak dengan dua individu itu secara kebetulan.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
DAP ketandusan modal
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamAyuh kita lupakan sebarang perbezaan pendapat atau percanggahan pandangan yang lebih penting kita semua fokus pada PRU 15..
Ayuh kita fokuskan pada gerakkerja PRU.. Adalah lebih baik kita gunakan media sosial sebagai medium untuk kita menyebarkan info politik dll
Insha Allah rakyat sudah semakin sedar hanya UMNO dan BN sahaja yg boleh membela nasib mereka..
Jom sama2 kita memartabatkan Agama, Bangsa Dan Tanahair..
https://www.facebook.com/MuafakatSejahteraOfficial