Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
Katanya,
Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak
nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan
lanjut.
"Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” catat Ahmad Zahid.
Dalam
pada itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran
di laman Instagramnya turut mendoakan kesembuhan buat Abdul Hadi.
"Semoga Allah mengangkat segala kesakitan dan penyakit beliau," katanya.
Malam
tadi, tular satu kenyataan yang mendakwa Abdul Hadi telah dikejarkan ke
Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada jam 7.50 petang.
Kenyataan
itu memetik doktor yang memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi stabil
walaupun jantung beliau lemah, mungkin akibat kepenatan.
Kata kenyataan itu juga, Abdul Hadi dibawa ke IJN dengan ambulans pada jam 9.25 malam.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan buat TGHH. Sedih bila mengenangkan betapa banyaknya dugaan dan ujian yang beliau lalui untuk mengajak umat ini kembali kepada ajaran Islam melalui wadah politik.
BalasPadamSemoga Allah beri kesembuhan pada Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang...Amiiin
BalasPadamSemoga tuan guru dikurniakan kesifaan sepenuhnys
BalasPadam