Haniff Khatri jemput Tommy Thomas berdialog dalam talian
PETALING JAYA: Peguam Haniff Khatri Abdulla mengundang bekas peguam negara, Tommy Thomas menyertai sebuah dialog dalam talian bertajuk “Antara politik dan undang-undang” untuk membincangkan memoirnya yang menggemparkan, “My Story: Justice in the Wilderness”.
Haniff dalam kenyataan berkata, undangan rasmi sudah dihantar kepada Thomas untuk menyertai sesi tersebut pada 9 Feb ini oleh penganjur JOMChannel, yang menghoskan program secara berkala itu di Facebook.
Haniff, yang kerap menjadi tetamu program itu, berkata walaupun program berkenaan biasanya diadakan dalam bahasa Malaysia, mereka akan membuat pengecualian kali ini.
“Kami berjanji jika anda hadir, program ini akan dijalankan dalam bahasa Inggeris,” menurut undangan tersebut.
Undangan itu turut menyatakan Thomas dialu-alukan menyertai program
yang dijadualkan bermula 8.30 malam dan berakhir 10 malam itu, pada
bila-bila masa, dengan sebuah tempat duduk akan disediakan untuk beliau
di pentas.
Haniff, yang pernah mewakili beberapa individu, termasuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, memberi jaminan kepada Thomas yang perbincangan itu akan dijalankan dengan adil dan berdasarkan fakta.
Beliau sebelum ini mengkritik memoir Thomas dengan berkata, peguam negara tidak boleh mendedahkan nasihat yang diberikan kepada kerajaan semasa menyandang jawatan tersebut.
Katanya, ia umpama pelanggaran hak istimewa antara peguam dan anak guamnya.
Haniff juga mengkritik dakwaan Thomas yang Mahathir melepaskan
jawatannya sebagai perdana menteri “secara sukarela”, dengan berkata
ahli politik veteran itu melakukannya mengikut undang-undang.
Beberapa pihak membuat laporan polis terhadap Thomas berhubung bukunya, termasuk bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, dan bekas peguam cara III, Mohamad Hanafiah Zakaria.
Mereka mendakwa Thomas melakukan kesalahan dan fitnah jenayah di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Memoir Thomas memperincikan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan
Harapan terdahulu, selain isu lain seperti pendakwaan ahli perniagaan
buruan, Low Taek Jho (atau Jho Low) dan 1MDB, ekstradisi pendakwah
kontroversi, Zakir Naik, serta peletakan jawatan Mahathir. - FMT
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Setan bodoh tommy tomato nie mne ade konek
BalasPadamKonek guan eng dh genggam
X berani punye la nk berdialog
Puihhhh,,,,
Bodoh punye komunis angkat setan bodoh nie jdi peguam negara....
Kahak puihhhh
berdailog dengan orang bengong dan mengong
BalasPadamLaa..nak melalak apa. Kalo si tommy tu fitnah, saman je la.
BalasPadamSaman ko dulu babi
Padamapakah tommy tomas ini pembela pengganas....kes adib adam entah dimana kebenaran faktanya...semua gara2 tommy tomato...
BalasPadamBukan apakah,,,
PadamFakta tommy tomato bela pengganas
Puih babi punye tomato