Header Ads

ads header

Flash News

PKPD di tiga kampung di Terengganu - Ismail Sabri


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan tiga kampung di Terengganu diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif Covid-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg DarauAwek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu bermula 14 sehingga 27 Februari 2021," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Pelaksanaan PKPD ini, jelas Ismail yang juga menteri pertahanan untuk mengawal pergerakan penduduk dan mengurangkan jangkitan dalam komuniti.

Katanya, selain itu PKPD akan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas kira-kira 2,152 penduduk di ketiga-tiga lokaliti tersebut.

Sementara itu, Ismail juga mengumumkan PKPD di Penjara dan Kuarters Kakitangan Simpang Renggam di Kluang, Johor tamat pada 14 Feb ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan