Tak Sokong Mahathir, Saya Ok Jadi Jahat
Rasanya kita semakin hampir pada pilihanraya ke 15. Kerana itu kita melihat Tun Mahathir munculkan diri dan bercakap soal politik.
Beliau tak bercakap soal ekonomi dan negara. Sekali sekala ada menyentuh tentang kuasa Muhyiddin Yassin. Itupun kerana TSMY ialah seorang Perdana Menteri. Jawatan ini sangat penting bagi Tun Mahathir. Beliau mesti mendapatkan ia buat kali keempat walaupun beliau bukanlah orang yang gila kuasa. Negara ini perlu diselamatkan oleh Tun Mahathir; orang lain tak boleh.
1. Mahathir akui diminta (didesak) untuk menjadi Perdana Menteri pada PRU14. Ada rombongan demi rombongan datang dan minta Tun Mahathir berbuat sesuatu.
Alangkah
bagusnya jika Tun mendedahkan nama-nama mereka yang datang secara
rombongan bagi mendesak Tun Mahathir menyelamatkan negara. Lebih baik
kita pergi terus kepada punca bagi menyelesaikan masalah. Masalah kita
bukan Tun Mahathir tetapi rombongan itu. Mereka buat kita haru hiru
dengan tindakan Tun Mahathir. Perlu kita tahu siapa mereka dan andaikata
mereka ialah wakil rakyat dan ahli parlimen; eloklah kita bunuh terus
karier politik mereka kerana jika mereka 'hidup'; kita terus mati dan
mati angkara Mahathir. Ada ramai orang yang lahirnya zaman Tun Mahathir
dan matinya masih Mahathir. Ada ramai orang belum lahir Mahathir sudah
ada; dan semasa mati, Mahathir kekal ada. Malaysia tak pernah bebas dari
Mahathir; kerana rombongan itu. Jadi kita perlu hapuskan rombongan tu
dulu jika nak merdeka dari Mahathir.
2.
Mahathir memberitahu beliau boleh masuk UMNO semula tetapi perlulah
UMNO yang bebas dari penyangak dan UMNO yang kembali ke perjuangan asal.
Tun akui masih sayangkan parti UMNO tetapi bukan pemimpinnya.
Rujuk : https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-boleh-kembali-kepada-umno-tun-mahathir-283397
-
Nampaknya UMNO adalah hotel. Tun boleh check in dan check out ikut
kemahuannya. Tuan punya hotel tak ada kata putus; jika Mahathir mahu
beliau boleh kembali pada UMNO dan UMNO ada disitu untuk terima sahaja
setiap keputusan Mahathir. Dan jika Mahathir kembali kepada UMNO ia
sebenarnya perkara gembira kerana Pakatan Harapan baru sahaja terlepas
dari bala. Oh yer, Pakatan Harapan masih belum sedar diri walaupun dah
berdarah kiri kanan, depan belakang, atas bawah; mereka masih belum
sakit. Selagi mereka masih ada nafas selagi itu mereka tak akan berputus
asa terhadap Mahathir. Mempertahankan kerjasama dengan Mahathir adalah
perjuangan mereka yang terbaru; kembali semula kepada penyokong bukan
lagi satu pilihan. Btw; konsep penyangak yang difahami Mahathir adalah
berbeza dari konsep penyangak yang difahami oleh orang awam. Sesiapa
yang mahu mentadbir negara ini tanpa acuan Mahathir; mereka adalah
penyangak.
3. Mahathir berkata, Anwar memberitahu kepadanya, budak-budaknya jahat dan dia tak mampu mengawalnya.
Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/563329
-
Memang budak-budak Anwar jahat. Jahatnya mereka kerana tak mampu
menyokong pentadbiran Mahathir yang huru hara, caca marca, kacau bilau
dan merapu. Kita ada manifesto bukan kitab suci dan kita jahat kerana
tak boleh nak sokong kenyataan tersebut. Kita ada isu janji Lynas dan
PTPTN yang dicampak dalam tong sampah, dan kita jahat kerana tak sokong
keputusan kerajaan. Ada banyak keputusan flip flop; uturn. Menteri sijil
palsu, kereta terbang. Nak dekat PRK, beli jiwa anak muda dengan BSH
RM100. Kenapa la nak jadi baik dengan sokong semua keputusan Tun
Mahathir dan menteri kabinetnya. Kenapa perlu jadi baik untuk Mahathir
pun? Ianya ok, menjadi jahat jika tak sokong Mahathir. Ia perkara yang
bagus anyway. Jahat dan tanpa Mahathir. - 18 Februari 2021.
- NURUL ASYIKIN
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
umno terus relevan jika dipimpin pemimpin yg berkelayakkan, bersih, tdk korup, iklas demi umat melayu...
BalasPadammanakala PKR bukan parti utk umat melayu...,PKR adalah parti utk kepentingan anuar ibrahim, bukan utk melayu...maka itulah ramai pengikutnya adalah terdiri dari kaum india....pkr hari ini amat sesuai utk kaum india....
Nak selamat dunia akhirat, sokonglah parti yg berjiwa Islam utk akhirat.
BalasPadamHari ni Mohtar@atok Tak meratib Najib? Hari tu atok kerap meratib anwar. Ini salah anwar, itu salah anwar. La ni, tukar pd Najib pulak.
BalasPadam