Header Ads

ads header

Flash News

Hubungan Umno-Bersatu memang tak boleh diselamatkan - Asyraf Wajdi


Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat PAS sepatutnya sudah memahami bahawa tiada jalan tengah dapat dicapai untuk Umno bergerak bersama Bersatu.

Menurut ketua Pemuda Umno itu pihaknya percaya PAS sendiri menanti-nanti pendirian terkini Umno terhadap Bersatu dan berharap keadaan dapat diselamatkan.

Dengan adanya penjelasan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini serta kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam, kata Asyraf Wajdi, ia memberi isyarat jelas mengenai hubungan kedua-dua parti.

"Walaupun mereka (PAS) berharap pada peringkat awal untuk Umno dan Bersatu ini diselamatkan hubungannya, tetapi saya kira - sebagaimana kenyataan Muhyiddin yang berkata (Bersatu) akan bertanding di semua kerusi Umno - itu jelas memberikan isyarat bahwa memang Umno dan Bersatu tak boleh bersama," katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Asyraf Wajdi ditemui selepas Ahmad Zahid selesai menyampaikan ucapan dasar dan menyenyuh mengenai kedudukan serentak PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Kata Ahmad Zahid sewajarnya "kedua-dua kaki" anggota MN berada pada tapak yang sama dan belum terlambat untuk PAS kembali ke pangkal jalan. 

Ahmad Zahid juga berkata MN sebelum ini bersetuju bahawa kedua-dua parti untuk tidak tergesa-gesa menyertai sebarang gabungan parti lain - suatu kenyataan yang jelas ditujukan kepada PAS.

Sementara itu Asyraf Wajdi berkata kerjasama di antara Umno dan PAS bersetuju bahawa penyertaan mereka dalam kerajaan yang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton pada tahun lalu bersifat sementara.

"Ia hanya sekadar untuk kita menstabilkan keadaan apabila PH runtuh.

"Dan akhirnya kita mahu menyerahkan kembali mandat (memilih kerajaan) itu kepada rakyat. Itu jelas," katanya.

Pada masa sama Asyraf Wajdi berkata Umno tidak boleh memaksa PAS dan parti itu ada hak untuk berbincang dengan sesiapa yang dirasakannya perlu.

"Itu hal dalaman PAS, cuma di peringkat Umno kami juga ada hak untuk menyatakan pendirian dan pandangan kami," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. MALAM INI MALAM NISFU SYAABAN...DOA YANG DITOLAK BAGI MEREKA SEKUTUKAN ALLAH DAN YANG MENOLAK PENDAMAIAN DAN PERSAUDARAAN...MAKA MUHASABAH DIRI KITA TIDAK TERMASUK 2 GOLONGAN INI...AUS DAN KHAuRAJ SERTA MUHAJIRIN BOLEH BERDAMAI ...apalah sangat kita yang lemah ini

    BalasPadam