Header Ads

ads header

Flash News

Jangan cakap beretorik jika mahu parti Melayu bersatu - Kata Hishammuddin


KUALA LUMPUR:
Ketua Umno Bahagian Sembrong, Hishammuddin Hussein meminta semua pihak tidak beretorik jika mahu parti Melayu bersatu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, masih ada masa untuk semua pihak berbincang dan memikirkan kestabilan serta hala tuju secara bersama.

“Pendirian kita penting hari ini kerana sekiranya dengar apa yang Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) sebut semalam, PPBM akan bertanding di semua kerusi, Umno bertanding semua, PAS bertanding semua kerusi. Apa yang akan jadi dalam apa saya nyatakan kesatuan, perpaduan, kestabilan menjelang pilihan raya akan datang?

“Yang penting sekarang, kita semua mesti jangan hanya cakap retorik. Kalau betul-betul pegang pada kestabilan, masa depan dan hala tuju, saya rasa ada masa untuk kita duduk memikirkannya,” katanya pada Perhimpunan Agung Umno.

Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM, Anwar Ibrahim mahupun DAP pada PRU15.

“Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

“BN telah memutuskan akan menghadapi PRU15 secara bersendirian,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2020.

Hishammuddin berkata, tiada perkara baru yang dibangkitkan Zahid dalam ucapan dasarnya pagi tadi.

“Dalam ucapan dasarnya hanya menekankan apa yang telah kita nyatakan sebelum ini melalui Majlis Kerja Tertinggi Umno,” katanya. - FMT





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Halalkan kluster mahkamah semua settle. UMNO parti yg Tak boleh dipercayai.

    BalasPadam