Jawatan ketua pegawai media BN tidak wujud pun, hanya untuk cover “damage” dibuat Zahid
Barisan Nasional (BN) terpaksa mengendalikan situasi atau melakukan “damage control” selepas pendedahan memalukan semalam bahawa kenyataan pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi mirip kepada yang dikeluarkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim.
Semalam gabungan itu mengumumkan kenyataan yang ditandatangani Zahid itu dikeluarkan tanpa melalui dewan tertinggi BN dan menambah ketua pegawai medianya digantung sehingga siasatan dalaman selesai.
Setiausaha Eksekutif BN Mohd Sahfri Ab Aziz berkata, kenyataan itu
tidak mendapat kelulusan sekretariat dewan tertinggi gabungan itu.
Akan tetapi semakan MalaysiaNow mendapati jawatan itu sebenarnya tidak wujud.
“Ia hanyalah ‘cover up’ BN selepas Zahid keluarkan kenyataan mirip Anwar,” kata sumber Umno kepada MalaysiaNow.
Sebelum itu, apabila ditanya siapakah nama individu yang digantung, pegawai BN berkata identiti individu tersebut dirahsiakan.
Semakan MalaysiaNow bagaimanapun mendapati, jawatan yang wujud sebenarnya ialah setiausaha bahagian media.
“Ia adalah langkah ‘damage control’ selepas media sosial mengutuk kenyataan ‘copy paste’ itu,” tambah sumber itu.
Kenyataan dikeluarkan Zahid yang mendesak ahli Parlimen BN menuntut
sidang Dewan Rakyat dijalankan ketika darurat Covid-19, menimbulkan
kemarahan MCA dan MIC, parti komponen dalam gabungan itu selain Umno.
Pemimpin dua parti itu semalam menjarakkan diri daripada kenyataan
Zahid, mengatakan isi kandungannya bukanlah seperti yang dibincangkan
semasa mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Khamis malam.
Kenyataan dikeluarkan hampir serentak dengan kenyataan PH yang ditandatangani Anwar yang disebarkan secara dalam talian.
Kenyataan itu didapati bukan sahaja ditulis dalam bahasa yang sama, bahkan mirip dari sudut gaya, selain berkembar dalam perkataan yang digunakan.
Ia semakin membuktikan kerjasama Zahid dan Anwar dalam usaha mereka menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Pada Oktober MalaysiaNow mendedahkan butiran surat dihantar Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak kepada Agong untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri.
MR: UMNO ni macam PH juga suka kencing rakyat dan penyokong sendirisila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
pecah amanh kantol.
BalasPadamrasuah kantol.
sidang media pun kantol.
ape pnye kontol la mamat ni.
Undi untuk kejatuhan amno pru 15
BalasPadamumno bukansetakat kantoi...umno dah mcm kartun
BalasPadamumno bukan setakat kantoi...umno dah mcm kartun...mcm popeye
BalasPadammana2 pemimpin, mana2 parti yg menumpang anuar ibrahim pasti mereka itu akan runtuh, akan musnah, akan ditolak rakyat, khusus dari umat melayu Islam...
BalasPadamanuar ibrahim bukan pemimpin umat melayu Islam....
anuar ibrahim lebih senonim sebagai pemimpin kaum india....maka itulah PH/ PKR dahulu sangat ramai pemimpin kaum ini hingga membawa kejatuhan PH...selamat negaraku...