Header Ads

ads header

Flash News

MIC Tak Perchaya Kepada Ds Zahid Hamidi?


1) Selalunya tak ada masalah bab siapa calon PM dari BN. Semestinya Presiden UMNO. Tetapi kali ini MIC terpaksa bertanya, siapa calon PM daripada BN untuk menjadi Kapten mengemudi jentera hadap PRU15 secara 'bersendirian'. Apakah MIC tidak yakin dengan DS Zahid Hamidi?

2) Saya sudah sebut beberapa kali, DS Zahid Hamidi tidak ada keupayaan untuk menjadi de facto BN mahupun UMNO. Bukan sahaja disebabkan kes mahkamah yang beliau hadapi, tetapi secara personalnya, beliau kurang 'bakat' untuk menjadi kapten.

3) Sebelum ini saya sebut, apa pun keputusan UMNO sama ada nak join force dengan PN atau nak bersendirian dengan BN, Presiden UMNO hendaklah ditukar. Jika nak join force denagn PN, kena naikkan TS Annuar Musa. Jika mahu bergerak solo bersama BN, DS Najib Razak mesti take over - kerana keputusan parti yang lebih decisive diperlukan untuk mendepani perang PRU15.

4) Lihat sahaja kesimpulan PAU, DS Zahid Hamidi mencabar menteri-menteri UMNO letak jawatan. Sekali pandang nampak macam cabaran anak jantan. Hakikatnya, ia adalah warning yang tidak decisive dan tak ada siapa pun akan turut. Tidak ada power sebagai kapten yang akan mengemudi jentera besar BN. Tidak pelik, MIC tertanya.

5) Saya tidak menyerang UMNO atau DS Zahid Hamidi. Tetapi keperluan meletakkan beliau pada tempat yang betul, akan menguatkan semula UMNO. Personaliti beliau adalah pada peringkat support. Sesiapa yang akan jadi Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi akan menjadi pemimpin support yang baik.

6) 'Support' bukan bermakna ia level rendah. Dalam permainan ML atau Dota 2, walau sehebatmana carry, tanpa pemain support yang bagus, team sukar menang. Lebih sukar menang jika karekter 'support' dibiarkan menjadi 'carry'. Jika perwakilan atau ahli UMNO tidak faham mesej ini, seeloknya DS Zahid Hamidi faham dan lakukan sesuatu.

7) Tapi apakan daya, PAU kali ini tiada pemilihan. Terpaksalah DS Zahid Hamidi teruskan sebagai Presiden. Mungkin admin-admin Page Facebook DS Najib boleh tolong gilap imej DS Zahid Hamidi supaya lebih baik dan at least MCA dan MIC akan yakin. Why not?

Sekian

Dr Tanaka Mustafa




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. seluruh org umno dah mula sedar setakat mana kemampuan zahid ..cakap zahid pun dah tak laku dikalangan menteri, tim menteri dari umno yg berada dlm kerajaan PN hari ini....

    BalasPadam