Header Ads

ads header

Flash News

Pas mahu terus jadi 'jambatan' penyatuan UMNO-Bersatu



MUAR -
Pas mahu terus kekal menjadi jambatan dalam usaha memastikan kerjasama antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas berharap ketiga-tiga parti dapat duduk berbincang untuk memastikan kerjasama penyatuan ummah diteruskan sekali gus mampu kekal menerajui kepimpinan negara.

"Kalau tidak dapat meneruskan kebersamaan dalam satu platform, sekurang-kurangnya dalam memenangkan ketiga-tiga parti untuk kerusi PRU15 sekali gus boleh menerajui negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Industri Buluh dan Majlis Pecah Tanah Ladang Buluh di Universiti Tun Hussein Onn Kampus Cawangan Pagoh di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020, Sabtu lepas yang meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, sekalipun tidak dapat menyelamatkan kerjasama politik antara UMNO dan Bersatu, Pas akan cuba memastikan tidak berlaku perpecahan dalam ketiga-tiga parti sehingga berlaku pertembungan calon yang akan mendatangkan kerugian kepada kerjasama tersebut.

"Jadi Pas kekal sebagai pendamai, penyatu dan jambatan untuk menyatukan kedua-duanya," kata beliau yang percaya kerjasama dan hubungan kedua-dua parti masih dapat diselamatkan.

Katanya, Pas bersama Bersatu menerusi Perikatan Nasional dan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional sampai pilihan raya... sampai tertubuhnya kerajaan baharu, insya-ALLAH.- Bernama

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan