Header Ads

ads header

Flash News

Perhimpunan Agung UMNO bermula



KUALA LUMPUR –
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung selama dua hari bermula pada Sabtu.

Perhimpunan bermula pada jam 8.35 pagi yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perhimpunan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Sabtu dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

PAU 2020 diadakan pada tahun ini selepas setahun ditangguhkan susulan Covid-19 dan ia merupakan perhimpunan penting buat UMNO dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini termasuklah untuk mendapatkan keputusan sebulat suara perwakilan terhadap ketetapan yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU15.

Selain isu memutuskan kerjasama dengan Bersatu, turut diberikan tumpuan adalah mengenai pendirian UMNO terhadap Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama Pas.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan