Header Ads

ads header

Flash News

Perwakilan UMNO sekadar meludah pada muka sendiri, kata Mas Ermieyati


Srikandi Bersatu Malaysia berpendapat tindakan Umno melemparkan pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu tidak ubah seperti mengata diri sendiri.

Naib ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata hal itu kerana kerajaan PN yang ada sekarang turut disertai pemimpin Umno dan mereka menguruskan negara bersama-sama.

"Kena ingat kerajaan PN hari ini bukan terdiri daripada Bersatu semata-mata, bukan daripada PAS sahaja, tetapi ada juga menteri daripada kalangan Umno.

"Jadi apabila terdapat tuduhan kepada kerajaan PN, seolah-olah mereka mengata diri sendiri, kerana kepimpinan kabinet yang utama menguruskan kesihatan datang dari Umno, yang menguruskan Covid-19 pun daripada Umno," katanya.

Mas Ermieyati ditemui media selepas merasmikan Sriwanis Shop milik Koperasi Warga Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu ahli parlimen Masjid Tanah itu diminta mengulas perkembangan politik semasa selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2020, semalam.

Terdahulu perhimpunan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan secara dalam talian itu menyaksikan pimpinan Umno lantang membidas Bersatu.

Antara lain Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad mendakwa Bersatu turut mencuri ahli Umno dan melemahkan mereka untuk menubuhkan cawangan baru parti. 

Selain itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail turut mendedahkan cubaan Bersatu memujuk ahli Parlimen Cameron Highlands melompat parti. 

Mas Ermieyati yang juga timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi berkata, apa yang perlu diutamakan kini adalah membantu rakyat dan perdana menteri.

"Bagi pihak saya dan juga kawan-kawan, kami akan terus berkhidmat bagi membantu rakyat selain membantu perdana menteri.

"Fokus kita paling penting adalah berkhidmat kepada rakyat. Kalau kita asyik bercakap pasal politik, orang pun jemu.

"Apa pun yang diperkatakan, kita berlapang dada," ujarnya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ni katak yang paling aktif, elok dihumban ke laut PRU 15 nanti. Masa dalam umno siap nak launch projek daftar umrah n bakal haji/umrah akan dikenakan bayaran, nasib baik diarah stop projek. Kroninya pulak tauke cina. Agaknya apa la projek dia dalam bersatu pulak.

    BalasPadam