Header Ads

ads header

Flash News

Petua Presiden PAS, tidak lemah jika ditipu


Semenjak lama dahulu beliau ditipu. Ia bukan ditipu sebagaimana dipatuk dua atau tiga atau lebih kali dalam lubang yang sama. Ia lubang yang berlainan. Sebagaimana cerdiknya kita, musuh juga terdiri dari kalangan cerdik. Maka ia tidak semudah yang dijangka untuk mengelak penipuan mereka.

Presiden kita tidak kisah berkawan dengan sesiapapun, asalkan satu, Islam mesti mendapat keuntungan. Ditipu oleh mereka yang mengaku kawan, kemudian menikam dari belakang, itu sudah biasa. Tidaklah sayugia bagi politikus jika takut ditipu oleh seteru dan mungkin juga sekutu. Tetapi beliau tetap mencuba.

Jika manusia memuji Thomas Edison kerana berjaya mencipta mentol dengan memusingkan ayat yang Thomas bukan gagal sebanyak 1000 kali, tetapi beliau berjumpa 1000 cara yang salah untuk membuatkan mentol menyala. Apakah keterlaluan jika kita mengungkapkan bahawa Presiden PAS masih belum menjumpai titik persamaan atas nama Islam dalam politik Malaysia. Beliau tidak gagal.

Bila kita berperang dalam politik, kita sama-sama kena lincah. Begitulah Presiden PAS. Beliau mengikut petunjuk bagi memberikan hasil yang terbaik kepada jemaah. Petunjuk itu dalam berbagai bentuk. Daripada Quran dan sunnah, semestinya. Daripada mesyuarat, buah fikiran pasukan dan panduan-panduan menerusi pengalaman beliau.

Tidak akan mengkhianati rakan, itulah prinsipnya. Periksalah dengan sebenar-benarnya, maka anda akan dapati sejarah telah membuktikan prinsip beliau itu dipegang kukuh. Malahan, beliau dan jemaah pula samada ditipu atau dikhianati rakan. Panjang berjela denai politik yang beliau telusuri, semua orang kehairanan, bagaimana beliau menghadapinya.

Jika kita dapat memerhatikan, acap kali beliau akan menyebut ayat dari surah al-Anfal ayat 60 dan 61, bagi menjelaskan bagaimana beliau tidak merasa lemah jika ditipu apabila mengorak langkah berdamai dengan musuh. Itulah kalam Allah sebagai penyejuk hati beliau. Apa yang diusahakan bagi menjayakannya, itu disuruh Allah berusaha. Manakala bagaimana ia berlangsung dan berakhir, itu urusan Allah. Tiada daya dan upaya kita mengaturkannya. Kita berusaha, Allah menetapkan.

Oleh itu, walaupun kita sebagai ahli, merasa amat perit apabila berlaku sesuatu keadaan yang dilihat sebagai mahu mempermainkan PAS, malah adakalanya dahulu, PAS pernah dituduh sebagai punca segala kegagalan kesatuan, kita mesti cuba semaksima mungkin mengikut jejak langkah ayahanda Presiden yang kita kasihi semua.

Mari kita sama-sama mencari isi kandungan, mentadabbur ayat yang sungguh mententeramkan jiwa kita di saat kita merasa lemah kerana ditipu. Kita pasti akan mendapat kemanisan daripada jaminan Allah ini. Kita tidak akan gentar lagi jika kita ditipu setelah berusaha gigih bagi menyelamatkan agama dan bangsa kita. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah sebagai penentu.

Kita akan ke liang lahad dengan amalan yang kita usahakan. Mereka juga akan ke liang lahad atas kerja-kerja yang mereka laksanakan. Siapa yang benar, siapa yang salah, sudah pasti secara zahir di dunia ini telah pun kita lihat. Jangan kita lemah, jadilah kita sekuat Presiden kita yang tetap menggigit dengan gerahamnya apa-apa usaha yang akan membuatkan Islam duduk di tempat yang sepatutnya. Seharusnya kita malu kepada kesungguhan beliau.

۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ

Tetapi jika mereka condong kepada perdamaian, maka terimalah dan bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan jika mereka hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu. Dialah yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolongan-Nya dan dengan (dukungan) orang-orang mukmin,

Surah Al-Anfal, Ayat 61- 62

Mohd Nasir Abdullah
29 Mac 2021





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan