Header Ads

ads header

Flash News

Tak mustahil Umno boleh bekerjasama dengan PH - Penasihat UMNO Ku Li


Tidak mustahil Umno akan menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, ahli politik veteran itu ditanya apakah Umno berpeluang memenangi PRU sekiranya bekerjasama dengan gabungan berkenaan.

"Berpeluang (menang), manalah saya tahu, tu Tuhan je tahu.

"Tak ada yang mustahil, kalau Tuhan mahu kita menang, tetapi banyak perkara yang mesti masuk ke dalam menu. Kita hadapi pilihan raya, apa manifesto yang kita tawar iaitu khidmat dan rancangan yang kita nak bagi, harapan kepada mereka dalam lima tahun akan datang.

"Itu terpulang kepada strategi macam mana kita kemukakan cadangan-cadangan kita, menepati kehendak muda, tua, perempuan dan lelaki.

"Saya bangkit soal keabsahan kerajaan sekarang bukan saya mahu tentang perdana menteri sekarang, tidak. Soalnya orang-orang tanya saya, sah tak sah kerajaan sekarang.

"Dia kata Agong bagi angkat sumpah depan dia, sudah sah ke? Saya kata memanglah, itu tanggungjawab Agong, apa yang dilakukan Agong tu memang ikut perlembagan.

"Tetapi apakah sekarang ni dia (Muhyiddin) masih ada sokongan di dalam Dewan Rakyat, bukan soal surat sumpah. Kena 112 orang mengundi paling kurang di Dewan Rakyat," kata Tengku Razaleigh, yang lebih terkenal dengan julukan Ku Li itu.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata adalah penting untuk memastikan apakah Muhyiddin masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Kalau tak ada 112, out you go.

"Jadi kenalah orang yang memegang jawatan sekarang berani menghadapi Dewan Rakyat, pilihan rakyat, menentu sama ada dia ada sokongan atau tidak. Kalau dia kekal ada sokongan jalanlah, takkan ada siapa rebut kedudukan itu. 

"Tetapi kalau dia sudah rasa tidak ada lagi sokongan, berhentilah, mengikut perlembagaan.

"Itu perlembagaan kita, kita semua patuh perlembagaan, kita semua angkat sumpah dari Agong sampai ke bawah. Kita kena pertahankan apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Kalau tak ada sokongan you get out lah," kata wakil rakyat selama 12 penggal itu.

Tengku Razaleigh berkata, ramai berpendapat bahawa pemimpin Umno yang didakwa di mahkamah, tidak boleh diturunkan sebagai calon pilihan raya akan datang.

"Saya tak boleh cakap apa yang perlu diperbaiki, saya nak dengar daripada ahli-ahli Umno apa yang dia rasa patut dibaiki dan juga daripada pandangan rakyat sendiri yang ada hak mengundi.

"Saya dengar cakap-cakap mengatakan elok kita adakan barisan pimpinan untuk ditawar berkhidmat bagi rakyat di kawasan masing-masing, orang yang tak ada terlibat dengan kes mahkamah. Ini salah satu," katanya.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan PH bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang setelah parti Melayu itu memutuskan kerjasama dengan Perikatan Nasional.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Eh macam tu bukan pelacur ke?

    BalasPadam
  2. http://kualaketildhomestay.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. umno tak pelacur,,tapi memang ada dari kalangan umno yg bertukar menjadi pelacur,,antara mereka ialah...ku li,,anwar,mahathir, ...
    umno sama sekali tidak akan bekerjasama dgn dap....

    BalasPadam
  4. no PH, no anuar, no DAP,
    bacul umat melayu jika dipimpin ramai oleh kalangan spt ramasamy, ram karpal, p patto, tommy tomas, xavier sebagainya yg terdiri dari kalangan kaum minoriti itu....

    BalasPadam
  5. Tak mengapalah. Biarlah ku li sorang yang bekerjasama dgn ph. Apa sebenarnya yang ku li mahu? semakin tua semakin merapu pemikiran orang tua ini sanggup bersekongkol dgn mp bukan islam dan meninggalkan sahabat dan rakan muslim drp pn atau mn. Masih buta lagi kah dengan ph terutama dap lakukan selama 22 bulan memerintah. Sepatutnya orang lama orang boleh hormati pemikiran, ini tidsk. Janganlah ada orang islam kita terikut ikut dengan cara pemikiran yang amat bodoh ini.

    BalasPadam
  6. ku li pun mabuk nak jadi pelacur spt yg dikatanya kpd PAS...kini, dilempar balik kamukanya...

    BalasPadam
  7. Ha ha ha. Merapu Dan meraban nampak ya org tua ni. Dia Tak tahu pun apa yg dia cakap.

    BalasPadam