Header Ads

ads header

Flash News


UMNO akan rugi besar dari tindakannya memutuskan kerjasama bersama BERSATU dan Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Sebaliknya tindakan hambar UMNO itu hanya memberi satu kekuatan baru kepada PPBM yang selama ini dipandang rendah keupayaannya menerajui kepimpinan kerajaan.

UMNO kini yang mempunyai seorang presiden yang hanya dipandu oleh orang di bawahnya akan mengalami lebih banyak kesukaran pada masa itu berbanding ketika ini memandangkan kesemua keistimewaan yang sedang sebahagian daripada mereka miliki akan ditarik balik apabila sudah sampai detik dan ketikanya.

Dengan seorang presiden yang sudah hilang taringnya di dalam sebuah organisasi seperti itu tidak lagi memungkinkan UMNO untuk kembali bangkit selepas rebah di kaki Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018 lalu kecuali jika mereka meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional sehingga PRU15 dan turut berkempen untuk kemenangan kerajaan PN.

Lagi parah apabila UMNO bakal ditolak oleh sebahagian besar daripada akar umbi sendiri apabila dapat menghidu bahawa masih wujud bentuk kerjasama antara beberapa pemegang jawatan tertinggi dalam parti dengan PKR dan DAP walaupun mereka telah menyatakan ikrar untuk tidak ke arah itu sebaliknya akar umbi yang lebih peka tentu melihat kepada tindak tanduk pemimpin atasan UMNO itu sendiri yang sudah semakin tidak konsisten, tidak selari dengan beberapa kenyataan yang mereka sendiri keluarkan berkaitan pendirian terhadap kerjasama dengan PN.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan