Header Ads

ads header

Flash News

Wakil Pemuda UMNO kelentong di PAU, perwakilan termasuk pengerusi kena kencing


Perwakilan Pemuda UMNO bercakap tidak benar bila memperihalkan suasana di pejabat Menteri Besar Kedah dalam ucapan beliau di PAU. Beliau telah membina persepsi bahawa Pegawai Khas MB Kedah daripada UMNO 'kena buli', dikutuk, dipertikai oleh Pegawai-pegawai Khas lain di Pejabat MB Kedah akibat langkah-langkah politik yang diambil oleh UMNO, khususnya tentang i-Sinar dan KWSP.

Selama saya ada di sini, tidak ada sesiapa pun pernah bersembang tentang politik kepartian di pejabat. Saya tidak pernah mendengar tentangnya. Tidak pernah sesiapapun mengutuk UMNO, PAS, PPBM atau mempertikai langkah -langkah politik UMNO di pejabat MB. Nama-nama pemimpin politik pun tidak pernah disebut atau diulang sebut dalam urusan kerja di Pejabat MB.

Kita telah membina suasana kekeluargaan di pejabat yang ada wakil-wakil parti dalam kerajaan PN sebagai Pegawai Khas MB. Kita tidak membina kem parti politik di sini, kita bekerja sebagai kerajaan untuk seluruh rakyat Kedah.

Walaupun Pegawai Khas daripada PAS lebih ramai daripada UMNO dan Bersatu, Pegawai Khas daripada UMNO dan PPBM dilayan secara profersional. Hubungan sewaktu kerja dalam satu pasukan seperti adik beradik, tidak ada kurang tidak ada lebih. Bezanya dia dengan yang lain. Dia jarang ada di pejabat kerana melakukan tugasan di luar.

Inilah dipertegaskan bahawa di pejabat MB Kedah tidaklah seperti digambarkan dalam ucapan beliau itu dalam konteks hubungan antara kakitangan dan pegawai yang berlainan parti politik.

https://www.youtube.com/watch?v=VMK8pPKEHXY

Muhammad Sanusi Md Nor
MB KEDAH

MR : Orang kata kalau cakap tak menipu bukan pemimpin UMNO




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Itulah Umno dulu kini selamanya.. dlm PAU berdegar degar, tp habuk pun tarak..

    BalasPadam