Ahmad Zahid yakin MIC kekal bersama BN
KUALA LUMPUR - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MIC akan terus komited dan kekal setia bersama gabungan itu selepas berdepan pelbagai cabaran sejak 63 tahun lalu.
Beliau berkata, MIC yang sudah diterajui 10 presiden itu merupakan tonggak kepada BN bersama UMNO dan MCA.
“Kita tahu apabila MIC bersama-sama dengan MCA dan UMNO sebagai tonggak dalam Perikatan kini BN, kita telah bersama-sama harungi ujian, dugaan dan cubaan namun kita tetap kekal utuh untuk terus bersama sehingga kini. Sepanjang 63 tahun ini, sudah ada gelombang, badai dan kenikmatan telah dikecapi bersama.
“Ketika kita kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14, kita harus ingat bahawa kita kalah sekali sahaja dan telah 13 kali menang,” katanya ketika berucap secara maya pada Perhimpunan Agung MIC ke-74 pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN tidak seharusnya berduka dan perlu bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).
Tambah beliau, kejayaan yang lebih besar dapat dicapai jika hubungan dalam gabungan itu terus kukuh dan komited dalam mendepani pelbagai dugaan.
“Kita tahu ada pujukan, ada ugutan malah ada ancaman kepada kita. Sebagai sebuah parti gabungan yang mempunyai rekod panjang tentunya terpaksa berdepan dengan semua ini namun pada masa sama kekalahan ini harus ditebus kembali.
“Caranya ialah tentukan saf kepimpinan kita dengan semangat berpasukan dalam kalangan kita walaupun pelbagai pujukan atau ugutan menerjah luar dalam, kita harus kekal utuh, komited bersama-sama BN,” katanya.
Sehubungan itu, MIC akan tetap menjadi komponen BN yang akan menghadapi pesaing-pesaing dalam PRU15 akan datang.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
eluk sangat mic terus kekal bersama bn...,lagak mereka saolah mereka parti besar....buat semak je jika bersama PN...mic adalah parti dari gulungan paling minoriti..,tak ubah spt melukut ditepi gantang...jika mereka tiada bersama parti diarus perdana, langsung tdk memberi bekas...
BalasPadam