Akhirnya konspirasi 'kantoi' sendiri, kini akar umbi UMNO faham siapa pengkhianat
Bekas setiausaha agung BN yang disingkir Annuar Musa berkata dirinya bersyukur kerana semakin ramai di akar umbi mula faham apa yang sebenarnya sedang berlaku di belakang tabir.
Bagaimanapun, menteri Wilayah Persekutuan itu tidak memperincikan siapa pihak yang dimaksudkannya tetapi memberitahu konspirasi pihak tertentu untuk merosakkan kerjasama MN, BN dan kerajaan PN telah terdedah.
"Walaupun bagi mereka yang fanatik pada individu atas apa jua sebab, mereka berhempas pulas cuba meragui dan menutupi kebenaran.
"Mereka tidak peduli kalau mereka telah merosakkan MN, menjejaskan BN dan cuba mengagalkan PN.
"Kerana kecewa agenda peribadi tidak di ikuti, mereka mereka reka kempen membenci, agar dapat di sembunyikan konspirasi.
"Akhirnya 'kantoi' sendiri," katanya pada hantaran di Facebook malam tadi.
Sebelum ini, ahli parlimen Ketereh itu menyarankan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PKR Anwar Ibrahim mencontohi Najib Razak untuk mempertahankan diri daripada dakwaan yang sedang dihadapi.
Najib memilih untuk bersumpah laknat pada 20 Dis 2019 - selepas dituduh bertanggungjawab atas kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu - di Masjid Kampung Baru.
Rakaman audio didakwa membabitkan Ahmad Zahid dan Anwar tersebar pada 7 April lalu termasuk melalui media sosial.
Pada klip audio yang tular kelmarin itu, kedengaran suara seperti Anwar memuji suara yang mirip seperti Zahid mengenai cara presiden Umno itu mengendalikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang berlangsung baru-baru ini.
Kedua-dua pemimpin parti politik dan ahli parlimen itu telah menafikan ia adalah suara mereka.
Pun begitu, Annuar berkata sebagai orang yang "amat dekat" dengan Ahmad Zahid serta Anwar, tidak sukar untuknya membuat pengecaman justeru begitu yakin suara yang dirakam itu adalah tulen.
"(Beza) Suara orang lain yang berlakon dan sebenar tu saya rasa saya cam dan - terus-terang saya saya pasang lebih 10 kali malam tadi - saya yakin 100 peratus itu adalah suara tulen, bukan dibuat-buat," katanya pada 8 April.
Annuar bertegas supaya Umno mempertahankan dasar 'No Anwar dan No DAP'.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah didakwa membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi perkara itu dinafikan Umno.
Anwar juga dilaporkan mengaku ada berjumpa beberapa tokoh Umno, namun dalam ucapan PAU, Ahmad Zahid menegaskan bahawa Umno tidak mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, dan kekal muktamad dengan pendirian untuk tidak menerima Anwar, DAP atau Bersatu.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya akan menghantar rakaman audio didakwa perbualan antara Zahid dan Anwar ke makmal forensik bagi tujuan pengesahan suara.
Polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima sekurang-kurangnya lapan laporan daripada beberapa pihak.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pemimpin kluster mahkamah nk selamatkan diri dr pnjara, rela musnahkan parti utk bekerjasama dgn PH yg tlh lama dari drp prinsip perjuangan umno.
BalasPadamkonspirasi pihak tertentu untuk merosakkan kerjasama MN, BN dan kerajaan PN telah terdedah. Disebabkan golongan kacang lupakan kulit/melepaskan anjing tersepit dan habis manis sepah dibuang DIkalangan umNONGOK
BalasPadam