Header Ads

ads header

Flash News

Audio Anwar-Zahid, Wire tapping atau rakam sendiri?



SHAH ALAM -
Teknologi digital pada hari ini membolehkan berlakunya rakaman suara secara terus oleh pelaku, tanpa pengetahuan atau direka dengan menggunakan suara orang yang mampu meniru suara individu tertentu.

Pakar audio dan visual, Dr Megat Al Imran Yasin berkata, teknologi terkini juga tidak hanya bersandar kepada penggunaan kaedah wire tapping atau phone bugging untuk merakam perbualan individu yang berada dalam perhatian.

“Teknologi digital sekarang memungkinkan dua perkara iaitu pertama audio itu betul dirakam secara terus atau secara dengar curi.

“Keduanya adalah audio itu dibuat dan reka dengan menggunakan suara orang yang mampu meniru suara individu tertentu.

“Kemudiannya teknologi boleh memperbaiki kualiti audio tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ketulenan satu rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial.

Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia itu menambah, bagi memastikan ketulenan rakaman audio itu sama ada benar milik Ahmad Zahid dan Anwar, Cyber Security Malaysia boleh memainkan peranan.

Cuma katanya, sebelum rakaman itu dianalisis oleh agensi terbabit, persoalan yang perlu diutarakan adakah rakaman audio itu mempunyai unsur jenayah atau berkisarkan tentang perihal politik semata-mata.

Insiden rakaman audio individu tertentu bukanlah perkara baharu di Malaysia.

Malah, Seksyen 116C Kanun Acara Jenayah menyatakan pendakwa raya boleh memberi kebenaran kepada mana-mana anggota polis untuk memintas, mendengar atau merekod apa-apa perbualan melalui komunikasi.

Seksyen 43 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula membolehkan suruhanjaya itu memintas panggilan telefon, mendengar serta merakam perbualan individu sasaran.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan