Header Ads

ads header

Flash News

Bekas hakim mahkamah syariah, bekas pemimpin PAS sertai PKR




Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penyertaan 15 individu termasuk bekas hakim mahkamah Syariah dan beberapa bekas pemimpin PAS ke dalam parti itu.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Baharum Hasbullah, bekas Adun PAS Dusun Tua, Razaly Hassan, bekas ketua pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad dan bekas ahli jawatankuasa Ulama PAS Seremban, Mohd Rais Mustafa Kamal.

Mereka turut disertai beberapa orang pendakwah, bekas guru agama, bekas imam dan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Penyertaan mereka diumumkan Anwar dalam satu sidang media di Negeri Sembilan hari.

Anwar berkata, dia berharap penyertaan mereka akan mendorong lebih ramai golongan pendakwah dan agamawan menyertai PKR.

"Mengapa kita dukung - suntikan penyertaan ulama, agamawan. Ini adalah kerana fahaman kita kepada Islam itu sebagai agama persekutuan.

"Pengisian yang boleh membawa kebaikan, yang mendorong perubahan menolak kebobrokan, rasuah, penyelewengan," katanya.

'PKR disokong gerakan Islam'

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang turut hadir dalam sidang media itu berkata penyertaan mereka membuktikan PKR disokong gerakan Islam.

"Sebenarnya kita Keadilan (PKR) ini sebenarnya disokong oleh gerakan-gerakan Islam yang kita sedia maklum dari awal dulu. Hari ini kita dibuktikan dengan sokongan teman-teman," katanya.

Katanya ia sekali gus menangkis momokan bahawa PKR merupakan parti yang mendukung fahaman liberal, pluralisme dan sebagainya.

"Jadi sebenarnya memang kita satu parti yang memastikan bahawa gerakan Islam yang mendukung ini, menggerakkan parti ini bersama-sama di samping kita dalam negara yang majmuk harus memikirkan masyarakat yang lain

"Bukan sahaja masyarakat Melayu Islamnya tetapi juga memikirkan masyarakat Cina, India dan pelbagai kaum yang ada di negara kita," katanya.

Terdahulu, PKR sebelum ini mengumumkan penyertaan dua selebriti ke dalam parti itu iaitu penyanyi Altimet dan pelawak yang juga pelakon Afdlin Shauki.

MR : Aku gelak lihat bagaimana puak IKRAM masuk PKR. Jangan bimbang selepas ini Maszlee Malik ahli majlis syura IKRAM akan masuk PKR juga setelah misi IKRAM gagal dalam BERSATU (Kini dikenali PEJUANG). Keluar mereka daripada PAS ibarat tercabut duri daripada daging yang kian lama dan bernanah dalam PAS. Nak pecat ahli mereka main 'kuluk-kelik' dengan PAS.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Bekas sana bekas sini. Dah bekas tak payah le nak jual nama PAS.

    BalasPadam
  2. Apakah jenis 'gerakan-gerakan Islam' yang menyokong parti liberal sedangkan ideologi liberalisme adalah sesat lagi menyesatkan berdasarkan pelbagai fatwa ?

    Apakah jenis 'gerakan-gerakan Islam' yang menyokong kepala bapak liberal yang mengamalkan ajaran sesat 'matlamat menghalalkan cara' dengan bersekongkol dengan puak kafir harbi untuk kencing rakyat dan menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam ?

    Bukankah ini bererti 'gerakan-gerakan Islam' ini yang didakwa menyokong parti liberal adalah gerakan munafiqun @ gerakan liberal @ musang berbulu ayam?

    Nampaknya kepala bapak liberal suka sembang lebat sehinggakan babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !!!

    BalasPadam
  3. mereka SANGGUP bersama ANWAR MUNAFIKUN ...ingat geng MUNAFIQ ingatlah ANWAR

    BalasPadam
  4. PKR disokong gerakkan islam..?

    lancau la lu nuar... pegi mampos la dengan mata dajjal kau tu.

    BalasPadam
  5. Sudah nampak jelas siapa penunggang agama yang sebenar.

    BalasPadam
  6. Apasal tak jemput Wan Ji sekali ???

    BalasPadam
  7. Ajak juga la khalid somad, mat sabu, dr hatta, salahudin ayob tu. Mereka lg senior dlm pas.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, selamat datang org2 Iktam kpd Pkr....

    Inilah dia antara parasit-parasit politik yg akhirnya terkeluar drp PAS, maka, dptlah rakyat lihat dgn mata kepala mereka sendiri siapa "tuan", "tuan besar" dan "boneka-boneka" dlm Ph...

    BalasPadam
  9. umat melayu Islam tak sesuai ikut parti anuar ibrahim...anuar pkr hanya sesuai, senonim utk kaum india sahaja...sebab itulah ramai pemimpin dari kaum india dlm part PKR...umat melayu Islam, yg beriman patut tinggalkan dan jauhkan diri dari anuar ibrahim PKR....inilah antara punca anuar mustahil jadi PM...

    BalasPadam