Header Ads

ads header

Flash News

'Biar polis siasat kesahihan rakaman audio'- Noh


TANJONG KARANG -
UMNO Selangor menyerahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung dakwaan rakaman audio yang sedang tular di media sosial kononnya membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu biarlah disiasat polis untuk menentukan kesahihan audio berkenaan.

"Kita tunggu polis menjalankan siasatan sama ada (audio membabitkan Ahmad Zahid dan Anwar) benar atau pun tidak," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKP) Masakan Frozen Food Kemas Parlimen Tanjong Karang di Pusat Masakan Kemas Sungai Gulang-Gulang, di sini pada Khamis.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, Ahmad Zahid juga sudah membuat kenyataan pada Rabu bagi menafikan wujudnya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut dan turut mengarahkan pegawainya membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

"Dalam zaman teknologi ini macam-macam boleh berlaku, biar pihak berkuasa jalankan siasatan dengan syarat laporan polis mesti dibuat oleh (Ahmad Zahid)," katanya.

Sebelum ini, tular penyebaran audio perbualan berdurasi empat minit 17 saat mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar yang mula tersebar sejak Selasa.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Slps polis siasat, ada la hamid bodo akn cakap tk betul nanti sbb ada org minta bela zahid nanti. Hamid bodo akn cakap bukan suara zahid dan anuwar, pastu buang kes. Akar umbi umno ternganga kes tergantung tanpa penjelasan sebenar walaupun dr pdrm sendiri.

    BalasPadam