Header Ads

ads header

Flash News

Hakim nasihat Shafee berbahasa sopan gambarkan penghakiman Nazlan


Mahkamah Rayuan hari ini meminta ketua pembelaan Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah agar lebih berhati-hati semasa menggambarkan penghakiman Mohd Nazlan Mohd Ghazali semasa mengemukakan hujah.

"Tolong gunakan perkataan yang sopan untuk menunjukkan di mana dia (Mohd Nazlan) tersilap.

"Tidak perlu menggunakan frasa seperti hopelessly incompetent (begitu tidak kompeten) dan poisoned (meracun) penghakiman," kata hakim Abdul Karim Abdul Jalil.

Abdul Karim mengetuai tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar permohonan rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohd Nazlan merupakan hakim yang mendengar perbicaraan tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram ke atas Najib sebelum ini.

Dua lagi hakim yang menyertai Abdul Karim ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Nasihat itu diberikan selepas Shafee menggunakan frasa "hopelessly incompetent" dan "poisoned" semasa merujuk kepada sabitan Nazlan ke atas Najib dalam perbicaraan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.

Shafee mengatakan ungkapan itu semasa mengemukakan hujahnya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan sabitan Mohd Nazlan ke atas Najib.

Abdul Karim memberitahu Shafee, ungkapan "salah dalam undang-undang" dan "salah arah" boleh digunakan ketika berbicara mengenai keputusan Mohd Nazlan.

Sebagai tindak balas, Shafee mengatakan bahawa dia tidak dapat menarik kenyataan itu jika keadaan sedemikian yang berlaku.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan