Header Ads

ads header

Flash News

Jika Umno tetap letak calon, Bersatu sedia pertahan kerusi disandang




Bersatu sedia mempertahankan kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang disandang parti itu, jika Umno kekal mahu meletakkan calon mereka pada PRU Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berkata, parti itu tidak mempunyai pilihan lain selain melawan Umno di kerusi terbabit.

“Kita akur dengan kedudukan apa yang dilaungkan oleh Umno. Kita mengulangi kesediaan untuk melawan setiap kerusi seperti mana mereka telah nyatakan untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi Parlimen.

“Apa yang penting ketika ini Biro Politik Bersatu sedang merangka gerak kerja ke arah itu untuk kita lebih bersedia menghadapi PRU15 dan apa yang diputuskan akan diangkat kepada MPT, untuk diberi pengesahan,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Pak Wan Prihatin di Kampung Pantai Belimbing, Durian Tunggal di Alor Gajah, Melaka hari ini.

Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata, isu berkenaan merupakan antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat MPT semalam, dan ia dibuat selepas meneliti kenyataan dikeluarkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 yang berakhir minggu lepas.

Mengulas sama ada hubungan Umno dan Bersatu dapat dijernihkan sebelum PRU15, Mohd Redzuan berkata ia bergantung kepada sama ada Umno boleh memilih kepimpinan baru yang mengembalikan perjuangan asal parti berkenaan.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata MPT Bersatu mengulangi komitmennya untuk memperkukuh kerjasama antara parti-parti anggota Perikatan Nasional yang terdiri daripada PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

-Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan