Header Ads

ads header

Flash News

Kartel Buku Teks Sekolah Lebih Sistematik Daripada Kartel Dato' Adly


Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
Putrajaya

Assalamualaikum,

Saya merupakan seorang guru berpangkat DG yang pernah berkhidmat di Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia, kini dikenali sebagai BSTP. Saya membuat keputusan beberapa tahun dahulu untuk berpindah ke sekolah kerana saya tidak sanggup lagi melihat dan bersekongkol dalam satu pejabat dengan penjawat-penjawat awam yang mengamalkan rasuah secara sistematik dan merosakkan kualiti buku teks sekolah.

Saya tidak berani untuk mendedahkan diri saya, kerana antara masalah utama dalam perihal ini adalah saya tidak menyimpan sebarang bukti-bukti salinan keras mahupun salinan lembut daripada waktu saya bekerja disana. Bukan sahaja pada ketika itu saya tidak terfikir untuk menyimpan bukti, tetapi, selok belok operasi ketika itu melibatkan perpindahan wang tunai antara pegawai dan syarikat pembida, maka tiada penanda. 

Operasi mereka adalah sangat sistematik kerana melibatkan semua lapisan daripada kerani, ke pegawai, dan saya syak juga ke pengarah ketika itu, kerana beliau sentiasa pejam mata terhadap perkara-perkara seperti ini.

Mereka yang berada dalam sindiket ini menjual kertas penilaian spesifikasi kepada syarikat pembida, dan melalui kertas penilaian ini, syarikat membida tahu fokus kekuatan penyerahan borang terletak pada segmen tertentu. 

Untuk penilaian pula, selalunya pihak ketiga akan mengambil peranan, dan ada juga yang melibatkan kumpulan lobbyist politik, seringkali juga syarikat sendiri yang menguruskannya. Syarikat-syarikat yang terlibat lazimnya syarikat yang sudah lama dalam bidang ini dan semua pegawai dan kakitangan kenal mereka. Mereka boleh keluar masuk KPM seperti pejabat mereka sendiri. Amalan ini berkurangan pada tahun terakhir saya disitu setelah berlakunya siasatan untuk tuduhan yang berbeza ketika itu. 

Jadinya, apabila persetujuan untuk penilaian telah tercapai, maka mereka yang terlibat dalam sindiket ini akan memainkan peranan dalam mesyuarat penilaian untuk memberi markah yang tinggi untuk pilihan tertentu, dan menjustifikasikan secara lisan kepada ahli yang lain supaya mereka turut terpengaruh untuk memberi markah tinggi kepada syarikat pilihan mereka. Pada mulanya proses ini tidak begitu ketara kepada saya kerana saya tidak mahu memburuk sangka, namun apabila berulangkali alasan yang tidak masuk akal serta sebab-sebab yang tidak logik berlaku dalam mesyuarat yang menyebabkan pilihan ahli-ahli cenderung kepada cadangan yang bukan terbaik. 

Saya tidak pernah saksikannya sendiri, tetapi maklumat yang saya terima adalah penyerahan wang berlaku secara tunai setelah projek berjaya di perolehi. Pertukaran wang boleh dilakukan oleh pihak ketiga, atau untuk yang lebih berani, syarikat melakukannya sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah jika banyak projek pergi kepada sebuah dua syarikat sahaja walaupun pembentangan kertasnya tidak baik, dan harganya antara tertinggi. 

Disini saya ingin menyenaraikan sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan syarikat mana yang biasa 'berkawan' dan menglibatkan diri dengan sindiket di pejabat lama saya:

1. The Malaya Press
2. Rimbunan Ilmu
3. Pan Asia
4. Karangkraf
5. Aras Mega
6. Sasbadi

Mungkin ada lebih banyak syarikat, tetapi saya tidak lihat syarikat yang lain ketika waktu saya berkhidmat jadi saya tidak dapat komen. Apa yang saya cadangkan kepada SPRM adalah untuk melihat kepada keluaran tunai yang banyak oleh syarikat, atau pun pembayaran secara transfer kepada pihak yang ketiga, setelah beberapa hari, mungkin minggu, selepas pemenang projek diumumkan. Saya berkata beberapa hari kerana perangai kartel adalah mereka mahukan wang mereka dengan secepat mungkin setelah projek berjaya dimenang, dan syarikat sentiasa tertekan untuk membayar.  

Semoga perkara ini dapat diberikan perhatian dan diambil tindakan supaya pendidikan kita tidak tercemar lagi. Sekian.

Guru berpangkat DG

MR : SPRM kena siasat untuk pengesahan. terima kasih

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Lucu la bekas pegawai DG tu... Alangkah kaya raya la pegawai kalau dongengannya benar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum siasat lagi dah kamu anggap dongeng. Patutlah bergelumang dosa

      Padam
  2. eloklah disiasat dengan teliti untuk dipastikan kebenaran dan perlu ada tindakan susulan untuk banteras rasuah daripada terus bermaharajagila.

    BalasPadam