MB Kedah terima pangkat Laksamana (Kehormat) TLDM
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, menerima pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Majlis penganugerahan itu disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kuala Lumpur, hari ini.
Pengiktirafan itu sekali gus menjadikan beliau penaung kepada pasukan Tentera Simpanan Darat, Laut dan Udara Negeri Kedah.
Anugerah atas perkenan KDYMM Yang di-Pertuan Agong itu sebelum ini disandang oleh kerabat diraja dan individu yang berjasa di bidang ketenteraan.

Berikutan itu anugerah berkenaan juga membuktikan kewibawaan beliau sebagai pemimpin dan ketua negeri diiktiraf walaupun belum setahun menjadi Menteri Besar.
Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat negeri ini tetapi juga satu pengiktirafan kepada Negeri Kedah.
Pada kesempatan itu, Sanusi turut membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di pejabatnya. – HARAKAHDAILY 6/4/2021
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan